Tuesday, September 20, 2011

SOFC vs MAIWP

Tuesday, August 9, 2011

SOFC vs PUNB




Tarikh : 26 Julai 2011


Masa : 6.00 - 7.20 ptg

Venue : Pdg. Kelab Kilat, Bangsar

Result : Menang (4-2)

Scorers : Midi (2), Zumi & Fahmi

Team Rating : 7/10


Pasukan SOFC telah bertemu dengan pasukan PUNB buat kali kedua setelah tewas 3-4 kepada lawan tersebut pada pertemuan tahun 2010.


Pada perlawanan tersebut, SOFC telah menggunakan jersi baru berwarna maroon secara rasmi buat kali pertama. Nampaknya, tuah menggunakan jesi baru terus digapai setelah berjaya menundukkan lawannya itu dengan jaringan 4-2.


Perlawanan pada keseluruhannya jelas dikuasai oleh SOFC dengan kawalan dan gaya permainan yang baik ditunjukkan oleh para pemain. Tanpa banyak masalah, SOFC berjaya mendapat 3 gol pendahulu sebelum pihak lawan berjaya mendapat gol pertama. Tamat separuh masa pertama, SOFC mendahului 3-1.


Pada masa kedua, banyak pertukaran pemain berlaku, namun SOFC menambah satu lagi gol sebelum PUNB memperolehi gol kedua sebelum tamat permainan. Akhir perlawanan, SOFC menewaskan PUNB dengan jaringan 4-2.

Wednesday, June 29, 2011

Liga Tx Lembah Klang : SOFC vs Engineering




Match : SOFC vs Engineering
Tarikh : 28 Jun 2011
Masa : 5.45 Petang
Tempat : Padang Kelab Kilat Bangsar
Result : Menang (6-1)
Scorers : Zumi, An, Amzar, Azmi, Apai & 1 own goal
Rating : 8/10

Perlawanan kedua pada Kejohanan Bolasepak Liga Tx Lembah Klang telah diadakan pada 28 Jun 2011 menemukan SOFC dengan pasukan Engineering. SOFC sedar tentang tentangan yang bakal diberikan pasukan lawan yg telah tewas pada perlawanan pembukaan mereka kepada pasukan Metro dengan jaringan yg besar.

Engineering bermula garang dengan terlebih dahulu memperolehi gol pendahuluan pada minit-minit awal permainan. Namun begitu, pemain-pemain SOFC tetap fokus kepada permainan dan terus melancarkan serangan demi serangan ke pintu gol lawan selepas itu. Pemain-pemain Engineering ternya tertekan dengan serangan bertali arus lalu melakukan banyak aksi keras yg memaksa pengadil memberikan sepakan-sepakan percuma kepada SOFC. Hasilnya SOFC berjaya menjaringkan 3 gol sebelum tamat separuh masa pertama dengan 2 gol hasil sepakan percuma.

Pada separuh masa kedua, SOFC melakukan beberapa pertukaran pemain namun corak permainan yg baik masih dapat disajikan namun gagal mendapatkan gol yg diperlukan utk mengukuhkan kedudukan. Pada sepuluh minit terakhir, rombakan di bahagian serangan berjaya menghasilkan 3 lagi gol seterusnya mendatangkan kekalahan besar kedua kepada Engineering. Tamat permainan, SOFC pulang gembira dengan kemenangan 6-1, satu keputusan yg jarang-jarang dapat dicapai oleh SOFC.

Perlawanan seterusnya adalah berdepan satu lagi pasukan pilihan, AM Selangor pada 20 September 2011. Semoga SOFC akan dapat meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan tersebut.

Monday, June 20, 2011

Liga Tx Lembah Klang : SOFC vs AMKL





Match : SOFC vs AMKL
Tarikh : 31 Mei 2011

Masa : 5.45 Petang
Tempat : Padang Kelab Kilat Bangsar
Result : Menang (4-3)

Scorers : Hasbi (2), Rizal & Zumi
Team Rating : 7/10

Perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Liga Tx Lembah Klang telah diadakan pada 31 Mei 2011 menemukan SOFC dengan finalist VP Cup 2011, pasukan AMKL.

SOFC bermula garang dengan terlebih dahulu memperolehi gol pendahuluan pada minit-minit awal permainan. Namun begitu, kealpaan di bahagian benteng dan tengah membolehkan AMKL menjaringkan 3 gol untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, SOFC melakukan perubahan tektikal dengan memperkuatkan jentera tengah yg agak tumpul di separuh masa pertama. Serangan yg lebih bertali arus dilakukan dari sayap sebelah kanan ke dalam pintu gol lawan. Percaturan tersebut berhasil sehingga membolehkan SOFC mendapat 3 gol seterusnya melakukan upset untuk menumbangkan AMKL dengan jaringan 4-3.

Sesungguhnya, kemenangan tersebut adalah hasil kerjasama pemain-pemain yg telah berusaha dengan gigih untuk mempamerkan persembahan yg terpuji.

Perlawanan seterusnya adalah berdepan Engineering pada 26 Jun 2011. Semoga SOFC akan dapat meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan tersebut.

Jom la Futsal TNB 2011







Kejohanan ini telah berlangsung pada 28 Mei 2011 di Padang Kelab Kilat Bangsar dan menarik sejumlah lebih kurang 60 pasukan TNB dari sekitar Lembah Klang dan sekitarnya.

Pasukan Achtung telah mengambil bahagian dalam kategori terbuka lelaki dan telah berjaya layak ke pusingan ketiga.

Berikut adalah keputusan-keputusan perlawanan membabitkan Achtung:

Pusingan Awal:
-Achtung menewaskan PTI Marksmen (3-0)
-Achtung menewaskan TCI Kimchi (2-0)

Achtung muncul johan kumpulan B dan layak ke pusingan kedua.

Pusingan kedua:
-Achtung mengalahkan KJN Selangor (2-0)

Pusingan ketiga:
-Achtung kalah kepada Soft Ground FC (2-3)

Pengembaraan Achtung hanya tamat di pusingan ketiga pada tahun ini, namun pencapaian ini adalah yg terbaik berbanding tahun-tahun terdahulu.

Semoga Achtung akan lebih berjaya di tahun hadapan.

Monday, May 16, 2011

SOFC vs KWSP




Tarikh : 12 Mei 2011

Masa : 6 - 7.15 ptg

Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar

Result : Kalah (2-4)

Scorers : Azmi & Zumi

Team Rating : 5/10


Pasukan SOFC telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan pertama selepas berakhirnya VP Cup 2011 dengan menentang pasukan yang dibarisi majoriti staff KWSP PJ. Pada pertemuan tahun lepas, SOFC menang bergaya 3-1 ke atas lawannya itu.


Pada tahun ini, KWSP dibarisi oleh pemain2 yg lebih hebat dengan beberapa pemain dilaporkan bermain di Liga KL. Ia juga turut dikuatkan oleh artis realiti terkenal, Black Mentor. Keazaman mereka untuk menebus kekalahan tahun lalu berhasil dengan berjaya bangkit 2 kali daripada ketinggalan untuk menang dengan jaringan 4-2.

SOFC bermula garang dengan menghasilkan gol pembukaan hasil lambungan cantik Azmi dari luar kotak penalti yg melepasi jangkauan penjaga gol lawan. SOFC mendapat beberapa peluang yg baik selepas gol tersebut namun gagal menambah jumlah jaringan. Sebelum separuh masa pertama tamat, Black Mentor yg bertindak selaku penyerang utama KWSP berjaya menanduk masuk gol penyamaan hasil sepakan percuma dari sebelah kanan gol SOFC. Tamat separuh masa, perlawanan berkesudahan dengan jaringan 1-1.

Pada separuh masa kedua, SOFC juga bermula garang dengan mendapat gol kedua hasil sepakan percuma oleh Nozumi yg memperdayakan penjaga gol lawan. Namun, selepas itu, pemain2 SOFC semakin longlai, dengan kekurangan stamina setelah berehat panjang tanpa perlawanan kompetetif. Ditambah dengan kecederaan beberapa pemain utama SOFC, KWSP pantas menguasai permainan lalu berjaya menjaringkan 3 gol berturut-turut untuk terus menghukum kelemahan benteng SOFC. Black Mentor turut menambah koleksi golnya dengan jaringan cantik dari luar kotak penanti.

Tamat perlawanan, KWSP pulang gembira dengan kemenangan 4-2 ke atas SOFC sekaligus berjaya membalas dendam atas kekalahan tahun lalu. Pemain-pemain SOFC harus belajar daripada kesilapan2 yg dilakukan dan bersedia untuk menghadapi perlawanan2 seterusnya yg lebih mencabar.

Thursday, May 5, 2011

Futsal Friendly : Achtung vs AMKL Protection




Tarikh : 5 Mei 2011
Masa : 6 - 7 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Menang (14-9)
Players : hasbi, azmi, zumi, faizal, fairuz, halim, faris & midi

PJ - Skuad futsal Achtung telah berjaya mengaktifkan kembali aktiviti futsal setelah memberi tumpuan kepada acara bolasepak padang untuk menyertai Kejohanan Bolasepak Piala Naib Presiden Penghantaran 2011 pada bulan April yang lalu.

Lawan kali ini adalah pasukan AMKL Protection yg turun berentap buat julung-julung kalinya di The Challenger PJ. Kelewatan pemain menyebabkan perlawanan bermula lewat sedikit namun kerancakan permainan sedikit sebnayak memuaskan hati kedua-dua pasukan.

Achtung yg tidak menurunkan beberapa pemain utama masih berjaya mennguasai permainan dan menjaringkan banyak gol. Walau bagaimanapun, perlawanan ini dianggap sebagai pemanas badan bagi menghadapi lawan-lawan yg lebih mencabar pada masa hadapan.

Kesudahannya, Achtung berjaya menenwaskan lawan dengan jaringan besar 14-9. Terima kasih kepada pemain2 AMKL yg bermain dengan agak baik pada perlawanan tersebut.