Monday, November 16, 2009

Achtung lwn TNBG GAD





Tarikh : 10 November 2009 (Selasa)
Masa : 6 - 7 petang
Venue : Samba de Futsal, PJ (away)
Result : Menang (17-9)

Ini merupakan pertemuan Achtung-TNBG GAD yang ketiga dan Achtung telah melebarkan rekod pertemuan itu kepada 3-0.

Walaupun bermain di gelanggang turf, pemain Achtung berjaya menyesuaikan diri untuk mengawal permainan seterusnya membataskan pergerakan pasukan GAD yg dibarisi beberapa pemain yg berbisa.

Achtung bermula agak kekok pada mulanya sambil mengambil masa yg agak lama untuk membuka jaringan. Setelah lebih kurang 5 minit, barulah gol pertama berjaya dihasilkan. Selepas itu, barulah gol demi gol berjaya membolosi gawang GAD yg dikawal oleh seorang keeper yg agak bagus. Sementara gol Achtung telah dijaga dengan baik oleh Azmi Almunia yg jarang-jarang sekali dapat diturunkan atas komitmen keluarga.

Dengan tektik 2 pertahanan dan 2 penyerang (flexible formation), passing game dapat dipraktikkan sekaligus merentap semangat melawan pasukan GAD yg lebih banyak mencuba dari jarak jauh dan melalui aksi individu pemain tonggaknya.

Pada akhirnya, Rizal, Hasbi dan Nozumi pulang dengan puas kerana berjaya menghasilkan jumlah jaringan yg agak lumayan.

Pemain-pemain:
  1. Azmi Almunia
  2. An Gallas
  3. Faizal Rooney
  4. Hasbi Torres
  5. Rizal Ballack
  6. Nozumi Deco
  7. Daus Bosingwa
  8. Apai "Kun" Aguero
Tiada pemain import dalam skuad kali ini...

1 comments:

hantu celik said...

Siapa kata tak ada pemain import? Si Daus tu bahgian mana kat TSOD?

Jangan anggap orang ramai buta? Mungkin orang kat TSOD yang buta mata atau buta hati?

Post a Comment