Monday, November 2, 2009

Futsal i-metro




Tarikh : 24 Oktober 2009
Masa : 9 pagi
Venue : Sports Planet, Subang Grand
Results : Pusingan Pertama sahaja

Group Stage:
1st Match : Achtung vs Puncha,Johor (Kalah 1-3)
2nd Match : Achtung vs KSR Utd (Kalah 0-1)

Ini adalah kejohanan i-metro yg kedua disertai Achtung selepas mara ke pusingan kedua pada Futsal i-metro Zon Tengah 1 di Sports Planet Ampang pada Januari 2009.

Kali ini, Fairuz dan Daus tak dapat main atas masalah kecederaan dan urusan syarikat. Mereka telah diganti oleh pemain - pemain yg berbakat iaitu Fuad dan Rahmat.

Nampak gayanya rezeki tak menyebelahi Achtung kali ini, kerana tewas dalam kedua-dua perlawanan pusingan awal ini. Walaupun dapat menunjukkan permainan yg menarik, lawan ternyata lebih berpengalaman dan menggunakan setiap kesilapan pemain Achtung untuk dihukum dengan jaringan gol. Agaknya pemain-pemain Achtung sedikit "confused" dengan taktik baru yang cuba diterapkan sebelum kejohanan. Gol tunggal Achtung telah dijaringkan oleh kapten pasukan.

Walaupun kandas awal, Achtung akan terus menyertai pertandingan-pertandingan yg kompetitif di masa akan datang. Untuk itu, perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan yg mantap amatlah diperlukan. Kepada pasukan-pasukan yg berminat, sila hubungi pengurusan SOFC dan Achtung utk urusan perlawanan.

Pemai-pemain Achtung:
1. Hasbi
2. Nozumi
3. Rizal
4. Faizal
5. Rahmat
6. Azmi
7. An
8. Fuad

Tukang Report:

Hasbi Torres.

7 comments:

hamzahn said...

Jaguh kampung! Tukar nama kpd Jaguh Kampung FC, baru lah kene! Diharapkan team ini tak saja menang dalam TNB saja! Luar TNB kalah; apa guna pakai pemain import! Kalau first round pun kalah kat I-Metro!

Anonymous said...

ape cerite nih...... bfast dulu

Director said...

iMetro is a totally different league then us. Tak boleh nak directly compare. That is plain unfair. Misi terdekat nak jadi the best in TNB. So, we have to focus on that first.

taiko said...

ala kalah menang biase la boss..janji dapat improve skill dan pemahaman dalam hantaran bola pon dah cukup

kakigomo said...

better jaguh kampung than nothing...

suke suke fc said...

lain kali kalau Actung kalah lagi; kite bakar gelanggang pulak; ada lah orang kenang dan boleh lah dijadikan bahan berita macam kat Stadium Nasional Bkt Jalil ari tu!

hasbi_torres said...

Kalau berani, tunjukkan muka kamu! Jangan menyorok nyorok!

Boleh kita berkenalan atau adakan perlawanan persahabatan agar sipa yang kalah; boleh lah tutup mulut!

Post a Comment