Tuesday, December 8, 2009

Achtung vs Group Finance (GF)




Tarikh : 4 Disember 2009
Masa : 6 - 7 petang
Venue : The Challenger, PJ (Home)
Result : Menang (16-8)

Pasukan Achtung buat julung kalinya mendapat pelawaan pasukan futsal Group Finance (Tingkat 2 Bgn. NLDC) utk mengadakan perlawanan persahabatan.

Team GF yg dibarisi pemain-pemain muda dan berbakat amat bersemangat utk mengalahkan Achtung dengan melancarkan serangan demi serangan dan cubaan dari jarak jauh.

Achtung yg turun tanpa penjaga gol utama, Azmi Almunia telah meletakkan Apai "Kun" Aguero sebagai penjaga gol gantian, dimana beliau bertindak cemerlang menggagalkan banyak serangan lawan.

Pemain-pemain Achtung berjaya mengawal permainan seterusnya dapat menjaringkan gol demi gol untuk menang selesa. Walau bagaimana pun, pujian harus diberikan kepada Team GF yg baru ditubuhkan kerana mempunyai potensi utk lebih maju. Ini merupakan perlawanan persahabatan yg kedua bagi mereka.

Achtung pula telah menggunakan semua pemain import dari luar negara pada kali ini. Semua pemain ini akan beraksi di Piala Dunia tahun depan di Afrika Selatan:

1. Apai "Kun" Aguero (Argentina)
2. An Gallas (France)
3. Halim Johnson (England)
4. Rizal Ballack (Germany)
5. Nozumi Drogba (Ivory Coast)
6. Hasbi Torres (Spain)
7. Faizal Vidic (Serbia)

Semoga kita dapat bertarung lagi di lain kali. Kalah atau menag tak penting. Yang penting happy...

0 comments:

Post a Comment