Petaling Jaya - Kejohanan Futsal 4 Penjuru Piala SOFC 2010 telah berjaya dilangsungkan pada 1 April 2010 yg lalu di Samba de Futsal, PJ. Acara yg berlangsung dari jam 6 ptg sehingga 8 mlm ini dianjurkan oleh PIC Futsal Kelab Ukhwah, Saudara An dengan bantuan AJK Biro Sukan utk julung kalinya.
Seperti tahun lepas, 4 pasukan - Chelsea, Man Utd, Liverpool dan Arsenal telah berjaya mengumpulkan sejumlah 8 pemain setiap pasukan termasuk beberapa pemain import utk mencukupkan bilangan maksima pemain.
Pada tahun ini warna jersi pasukan bertanding adalah biru (Chelsea), merah (Man Utd), hitam (Liverpool) dan putih (Arsenal), di mana semua pemain berjaya menuruti arahan pemakaian warna jersi yg seragam.
Setiap game berlangsung selama 10 minit (5 minit setiap separuh masa) dan oleh kerana kekangan masa, masa rehat antara game sangat minima menyebabkan sedikit keletihan di kalangan pemain.
Pusingan round-robin menyaksikan Chelsea mengungguli liga dengan 7 mata hasil dua kemenangan dan satu seri. Ini diikuti oleh Man Utd yg menang 1 dan seri 2 kali memungut 5 mata. Liverpool menghuni tempat ketiga liga dengan 4 mata (1 menang, 1 seri & 1 kalah) menakala di tangga terakhir adalah pasukan Arsenal yg gagal mengutip sebarang mata setelah tewas ketiga-tiga game.
Perlawanan akhir telah dilangsungkan antara 2 pasukan teratas iaitu Chelsea dan Man Utd. Perlawanan berlangsung sengit yg mana akhirnya, juara bertahan, Chelsea telah berjaya menundukkan Man Utd dengan jaringan 3-1 hasil ketangkasan Nozumi di depan pintu gol. Beliau yg dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan telah mencipta hatrik di perlawanan akhir seterusnya mengekalkan kejuaraan di tangan Chelsea.
Secara tidak rasminya, penganjur telah memilih Nozumi (Chelsea) sebagai pemain terbaik kejohanan manakala jaringan tercantik dihasilkan oleh Khai dari pasukan Arsenal.
Pada majlis penyampaian hadiah, Piala SOFC 2010 telah disampaikan oleh Saudara Hasbi (Liverpool) yg menggantikan Dr AJ (Chelsea) yg terpaksa bergegas pulang sejurus tamat perlawanan akhir. Johan dan naib johan juga mendapat medal sebagai kenang-kenangan.
Pemain-pemain SOFC juga telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada An (Arsenal) yg baru melangsungkan perkahwinan pada bulan lepas, manakala Bozot (Chelsea) yg akan berhijrah ke Australia juga telah diraikan oleh pemain2 dengan sumbangan cenderahati sebagai tanda terima kasih atas sumbangan beliau kepada SOFC, TSOD dan TNB.
Semoga berjumpa lagi pada kejohanan tahun hadapan.
Adios!

1 comments:
Kenapa tiru EPL; tak boleh ke adakan pertandingan Piala SOFC berdasar team dalam MSL? Nak glamour lebih ke? Atau nak tunjuk terrer je ke?
Post a Comment