Date : 17 Jun 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (1-4)
Scorer : Hisham
Team Rating : 5/10
Bangsar - SOFC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Pyon FC yg terdiri daripada gabungan pekerja sokongan TNB berpengkalan di Ibu Pejabat.
Menurut sumber yg boleh dipercayai, pasukan Pyon telah menunjukkan mutu permainan yg baik dan mempunyai pemain-pemain yg pantas terutama sayap kanan no. 10 yang banyak mengucar-kacirkan pertahanan SOFC sepanjang permainan.
Walaupun tanpa beberapa tonggak utama, SOFC tetap cuba menunjukkan permainan yg baik, namun nasib tidak menyebelahi SOFC apabila lawan mudah mendahului 3-1 pada babak pertama. Gol pertama Pyon FC adalah hasil gol sendiri pertahanan SOFC manakala gol kedua kerana kegagalan barisan pertahanan mengeluarkan bola dari kawasan gol. Gol tunggal SOFC dihasilkan oleh Hisham yg berjaya menghasilkan gol pertamanya sebagai striker SOFC. Tahniah kepada Hisham.
Pada separuh masa kedua, Pyon FC menambah satu lagi gol untuk menjadikan kedudukan 4-1 seterusnya memberikan kekalahan terbesar SOFC pada tahun ini. Pada hari yg sama, Argentina membelasah Korea Selatan dengan jaringan yang sama di Piala Dunia Afrika Selatan. Nampaknya nasib SOFC sama seperti nasib Korea Selatan.
Semoga pemain-pemain SOFC mengambil pengajaran dari kekalahan besar ini kerana sejak kebelakangan ini, SOFC biasanya kalah dengan jurang yang kecil sahaja hasil kerjasama yg baik dari setiap bahagian. Mungkin terdapat kelemahan yg perlu diatasi untuk menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya.
P/S: Penulis tidak terlibat dalam perlawanan ini, laporan hasil maklumat dari bebrapa pemain SOFC.

0 comments:
Post a Comment