Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Kapar
Result : Kalah (0-1)
Scorer : -
Team Rating : 6/10
Kapar - Perlawanan ini telah diadakan sempena Mesyuarat JOC antara TNB dan KEV yg telah diadakan pada awal petang di KEV Power Station, Kapar.
Oleh kerana perlawanan diadakan di tempat lawan yg agak jauh dari ibu pejabat pada hari bekerja, SOFC tidak dapat menurunkan ramai pemain utama. Atas masalah kekurangan pemain, perlawanan dimulakan agak lambat menyebabkan waktu permainan selama lebih kurang 40 minit sahaja dalam keadaan hujan renyai yg menyebabkan permukaan padang menjadi basah dan licin.
Pasukan KEV yg terkenal dengan kekuatan mereka menurunkan gabungan pemain eksekutif dan bukan eksekutif telah mengggunakan taktik yg agak kasar sehingga menyebabkan beberapa pemain SOFC mengalami kecederaan akibat rempuhan keras dari pemain-pemain lawan.
Akhirnya, KEV berjaya mendapat gol tunggal perlawanan hasil gerakan dari sebelah kanan dimana bola rembatan penyerang mereka berjaya menerjah jaring setelah terkena pemain pertahan SOFC lalu mengelirukan Nishal yg bertindak sebagai penjaga gol SOFC.
SOFC kerap juga melakukan serangan ke kubu lawan namun gagal menjaringkan gol yg dicari-cari. Beberapa tendangan percuma yg diberikan juga gagal dimanafaatkan dengan sempurna.
Pada sebelah malam, semua pemain diraikan pada majlis Makan Malam di Medan Ikan Bakar Jeram. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan dan pemain-pemain KEV atas layanan yang diberikan.
0 comments:
Post a Comment