Masa : 6.00 - 7.30 pm
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (0-2)
Team Rating : 6/10
Bangsar - Match yg sepatutnya diadakan pada 25 januari 2011 di tempat lawan, Pdg. Stadium 3K Subang Jaya terpaksa ditukar ke Bangsar pada saat-saat akhir atas masalah teknikal. Pada hari perlawanan, pasukan lawan sampai agak lewat kerana ramai pemain mereka yg terpaksa menangani gangguan bekalan elektrik di Kg. Subang. TNBD terpaksa bermain tanpa jersi pasukan yg tidak kunjung tiba bersama-sama pemain...
Di atas padang, TNBD nampak lebih kemas dengan beberapa pemain dari Jalan Timur FC yg berpengalaman luas berjaya mengekang asakan demi asakan dari SOFC terutama menerusi sayap kanan. Berpuluh-puluh peluang gagal dimanafaatkan dengan baik oleh barisan serangan SOFC yg terserlah ketumpulan idea dan penyudah setelah sekian lama tidak beraksi di perlawanan yg kompetitif seperti ini.
Di separuh masa pertama, TNBD mendapat 2 gol yg mudah akibat kealpaan barisan pertahanan SOFC utk menangani serangan lawan. SOFC cuba menukar posisi pemain-pemainya untuk menguatkan cengkaman namun masih gagal mendapat sebarang gol.
Di separuh masa kedua, SOFC lebih banyak menguasai permainan dengan serangan bertali arus namun nasib yg sama menimpa barisan serangan yg gagal menyempurnakan banyak peluang-peluang yg baik utk merobek gawang lawan.
Akhirnya, SOFC terpaksa akur untuk kecundang kepada TNBD Selangor untuk kali kedua, kali ini dengan jaringan 0-2. Pemain-pemain SOFC harus meningkatkan stamina untuk menghadapi perlawanan2 mendatang dan juga Kejohanan Bolasepak Piala Naib Presiden yg akan berlangsung tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment