Tarikh : Selasa, 22 Disember 2009
Masa : 5.45 petang
Tempat : Padang Kelab Kilat Kuala Lumpur (Home)
Results : Kalah (2-3)
Scorers : Rizal & Hasbi
Team Rating : 7/10
Bangsar - Cuaca cerah dan keadaan padang yg cantik begitu mengujakan setiap pemain SOFC utk bertarung di Padang Kilat. Lawan yg dipilih bukan calang-calang kerana bertaraf semi-pro. Pada perlawanan pertama di Brickfields, SOFC telah tewas 0-3. Kali ini SOFC dapat mengumpulkan lebih ramai pemain utk membawa misi membalas dendam.
Pada separuh masa pertama, SOFC menunjukkan permainan yg menarik dan kesungguhan yg tinggi utk menang. Selepas SBM menjaringkan gol pertama hasil gerakan dari sebelah kiri, SOFC pantas membalas dua gol hasil jaringan Rizal dan Hasbi. Gol Rizal adalah hasil sepakan percuma yg mengelirukan diambil oleh Nozumi, dan disudahkan di depan pintu gol oleh Rizal. Gol kedua pula hadir hasil pergelutan di dalam kotak penalti. Bola hantaran pendek Apai kepada Hasbi bijak disempurnakan setelah penjaga gol lawan tersilap langkah. Pada akhir babak pertama, SBM berjaya mendapat gol penyamaan hasil larian pantas sayap kiri yg bermain cemerlang. Akhir babak pertama, kedudukan 2-2.
Separuh masa kedua menyaksikan SOFC menukar sebahagian besar pemain dan posisi. Keletihan jelas menguasai pemain SOFC yg masih kurang dari segi ketahanan stamina menyebabkan banyak gerakan tersekat dan peluang gagal disudahi dengan baik. Barisan pemain pertahanan SBM bermain dengan kemas mengawal gawang mereka. Akhirnya SBM menggunakan mengalaman bermain di peringkat yg lebih tinggi utk menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir permainan. Bola dari sebelah kanan sedikit mengelirukan penjaga gol lalu menerjah gawang SOFC. Keputusan akhir, SOFC kalah 2-3.
Walaupun kalah, SOFC telah bermain dengan agak baik dan berjaya menyeimbangi persembahan pasukan lawan. Kekurangan pengalaman dan kecergasan pemain menyumbang kepada kekalahan tipis ini. Nampaknya, perlawan malam Sabtu dengan KCB sedikit menyumbang kepada maslah kecergasan pemain yg terpaksa beraksi selepas 2 hari rehat. Namun pada akhirnya, semua pemain puas hati dan pulang dengan gembira.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SBM, semoga kita jumpa lagi 6 bulan akan datang.
Sekian.
7 comments:
Apa lah SOFC ni, tak ada berita baik, hanya kalah, kalah, dan kalha saja! Sampai bila? Kalau setakat nak ada website saja, budak darjah pun boleh bukak website! Menyemakkan saja kalau berita hanya alasan kalah maxcam team Malaysia saja!
Hoi Kwan Kawan fc; Kenapa komen pasal orang lain? Nak kalah ke atau tidak; SOFC punya pasal lah!
SOFC kalah kerana nak bagi peluang kpd orang lain menang mcm Chelsea!
Kalau fathi nak menang je; lawan dgn budak darjah 6 saja; boleh lah megah!
menang salah..kalah pun salah....
Biarkan mereka komen sampai berbueh mulut atau sampai hati mereka puas! Kita baca dan lihat apa yang boleh mereka sumbangkan! Bagi pihak SOFC, mereka semua adalah tin kosong saja! Berani bersuara dalam internet saja, bila perlawanan sebenarnya, kudrat tak berapa sangat pun!
menang salah, xmenang pn salah..seri pn belum tentu xkene tembak..biasala tu, komen2 yg xbrape membina...layan kan jela...biarkan mereka dgn labu-labu nya...gudluck SOFC..
Nie celah mana plak 'kawan-kawan fc' cetak rompak yang gune nama team kitaorg nie...kitaorg xpernah ada masalah dgn sofc ke dgn achtung ke...nampak sgt ada yang nak jadi batu api...
Nampak nya The Real kawan kawan FC tak tahu malu; dah 3X kalah pun masih kata tak ada masalah ........bila lagi nak lanyak SOFC! Tak kudrat ke atau dah kena rasuah!
Post a Comment