Showing posts with label SOFC. Show all posts
Showing posts with label SOFC. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

SOFC vs PUNB






Tarikh : 11 Mac 2010(Khamis)
Masa : 6.00 - 7.20 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar (Home)
Result : Kalah (3-4)
Scorers : Azmi & Hasbi (2)
Team Rating : Average 6/10 (Attack : 7/10; Midfield : 6/10; Defense : 5/10)

Bangsar - Cuaca yg indah menyambut kedatangan satu lagi pasukan baru ke Padang Kilat Bangsar. Buat julung-julung kali SOFC berjaya mengadakan friendly game dengan pasukan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yg berpengkalan di KL Sentral. Pemain-pemain SOFC turun awal, namun game terpaksa dimulakan agak lewat kerana PUNB tertinggal jersi kelabu mereka.....
SOFC telah menguji beberapa pemain di posisi baru sebagai persiapan utk Kejohanan Bolasepak Piala Naib Presiden Penghantaran yg akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Midi telah diletakkan sebagai bek kanan, Amir (bek kiri), Shahrin (sayap kanan) dan Apai (midfield tengah). Pada separuh masa kedua, Ijal masuk sebagai bek kanan dan Nishal (penjaga gol).
Perlawanan bermula dengan agak perlahan dimana tidak banyak percubaan bahaya ke arah pintu gol masing-masing. Pemain-pemain PUNB yg lebih cergas dan mantap di setiap posisi jelas menguasai babak pertama. SOFC turun tanpa khidmat bek-bek berpengalaman seperti An (cuti kahwin) dan Hairul (cedera) disamping defensive midfield yg berpengaruh iaitu Daus (meeting). Ketiadaan sayap kanan Rahmad (cedera-ligamen koyak) jelas memberi kesan kepada corak serangan pasukan SOFC yg nampak tempang tanpa umpanan-umpanan ke dalam kotak penalti lawan.
Barisan midfield SOFC jelas tidak berfungsi dengan effektif dan membantutkan serangan ke kubu lawan. Beberapa sepakan percuma yg diambil Nozumi gagal disudahkan ke dalam gawang pihak lawan. Akhirnya, ketempangan barisan benteng SOFC telah dimanafaatkan oleh PUNB utk menjaringkan gol pertama perlawanan. Hasil gerakan dari sebelah kanan, bola hantaran lintang ke dalam pintu gol telah mengelirukan pertahanan SOFC dan disumbat masuk oleh penyerang PUNB. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.
Selepas rehat, SOFC membuat pertukaran drastik tapi masih mengekalkan corak 4-3-3 yg banyak melakukan serangan melalui kedua-dua sayap. Fuad telah masuk sebagai sayap kanan manakala Midi yg kuat berlari telah mengisi posisi sayap kiri. Fahmi telah mengambil alih posisi defensive midfield daripada Faizal dan Faris menggantikan Apai sebagai midfield tengah bersama Rizal. Percaturan mula menampakkan hasil, dengan SOFC mula bermain sebagai satu pasukan dengan hantaran-hantaran pendek yg kemas utk melancarkan serangan.
Namun, kerapuhan benteng SOFC terus dihukum oleh PUNB yg berjaya mendapat gol saguhati setelah hantaran lintang yg tidak berbahaya dari sebelah kiri gagal ditangkap kemas oleh Nishal yg menggantikan Daniel. Bola yg terlepas dari tangkapan ditolak masuk dengan selamba oleh penyerang lawan. Kedudukan 2-0 tidak kekal lama setelah Azmi berjaya merapatkan jurang kepada 2-1 setelah bijak menyudahkan satu gerakan yg cantik bermula dari sebelah kanan. Fuad berpeluang menyamakan kedudukan selepas itu, namun sepakannya melepasi palang gol.
Gol SOFC itu walau bagaimanapun tidak melemahkan semangat lawan yg mendapat gol ketiga hasil rembatan dari luar kotak penalti. Tidak lama selepas itu, penyerang lawan telah dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Apai, dan pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti yg berjaya disudahkan oleh pemain veteran PUNB. Lawan mula merasa selesa dengan margin besar 4-1 dan pemain-pemain mereka tidak menyangka SOFC mampu bangkit.
Hasil pertukaran beberapa pemain, SOFC terus bermain dengan baik di barisan tengah dan hadapan dengan melancarkan serangan bertali arus. Hasil satu gerakan, Fuad telah melorongkan bola dari sebelah kanan kepada Hasbi utk disudahkan dengan baik hasil rembatan rendah ke sebelah kanan gawang gol PUNB. Gol itu menghidupkan kembali semangat melawan SOFC yg mendapat sepakan penalti setelah Hasbi dijatuhkan dalam kotak penalti setelah mendapat through-ball manarik daripada Faizal yg masuk sebagai sayap kiri. Hasbi merembatkan kencang ke sebelah kiri menewaskan penjaga gol lawan.
Kedudukan 4-3 seakan-akan dapat diubah utk SOFC mengikat lawan apabila pemain-pemain lawan mula keletihan mengekang asakan SOFC. Namun, gol yg dicari-cari tidak berhasil dan SOFC terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 yg kedua berturut-turut selepas kalah kepada TNBG dengan jaringan yg sama 2 minggu lepas.
Selepas game, pemain-pemain SOFC telah diberi komen persembahan pasukan oleh pengurus dan penasihat tektikal. Mereka diingatkan supaya konsisten menjalani latihan pada hari Selasa utk memantapkan persefahaman sepasukan dan meningkatkan stamina.
Sekian.

Thursday, March 4, 2010

SOFC vs TNBG HQ




Tarikh : 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (3-4)
Scorers : Midi, Fuad & Hasbi
Team Rating : Average 6/10 (Attack : 7/10; Midfield : 6/10; Defence : 5/10)

Bangsar - Ungkapan "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari" sesuai menggambarkan perlawanan pada kali ini. Walaupun selesa mendahului lawan pada satu ketika, akhirnya SOFC tumbang dengan agak mengecewakan.
Perlawanan yg julung-julung kali diadakan antara SOFC dan TNBG HQ telah berlangsung sengit. Walaupun SOFC pernah menang dalam perlawanan persahabatan futsal, skuad bola padang TNBG telah menurunkan pemain-pemain yg hebat sehingga dapat menyumbat 4 gol ke dalam gawang SOFC.
Perlawanan berlangsung dalam 3 babak selama 20 minit setiap satu. SOFC terpaksa bermula tanpa 5 tonggak utama utk perlawanan ini termasuk penjaga gol utama dan simpanan, Daniel dan Nishal. Hasbi dan Megat terpaksa menggalas tugas sebagai penjaga gol gantian utk kali ini. Ketiadaan Daniel, Hairul, Daus dan Nozumi jelas merencatkan prestasi pasukan.
Pada babak pertama, SOFC telah menguasai hampir 70% permainan dan melancarkan serangan bertali-arus ke kubu lawan. Hasilnya, tidak lama selepas sepak mula, gol pertama dihasilkan hasil sepakan lintang Fuad dari sebelah kanan tidak dapat dikawal dengan kemas oleh penjaga gol TNBG lalu disudahkan di depan gol dengan mudah oleh Midi untuk gol pertama beliau bersama SOFC.
Tidak lama selepas itu, sayap kanan Fuad berjaya melepaskan satu sepakan lambung dari luar kotak penalti utk memperdayakan penjaga gol lawan. SOFC selesa mendahului 2-0 dan terus mengasak lawan. Namun, penguasaan di tengah padang gagal dimanafaatkan di depan pintu gol. Sepakan Apai terkena palang gol dan tandukan susulan Rahmad melepasi palang gol. Kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.
Beberapa pertukaran dibuat pada babak kedua, dengan beberapa pemain simpanan dimasukkan menggantikan pemain yg kepenatan. Kerapuhan barisan pertahanan mula menjelma dimana masalah komunikasi antara penjaga gol dan barisan benteng menghadiahkan satu gol mudah kepada TNBG. Bola hantaran ke dalam dari sebelah kiri gol yg sepatutnya dikawal telah meleleh ke kotak penalti dan ditolak ke dalam gawang SOFC oleh penyerang lawan. Gol ini jelas memberi semangat kepada TNBG utk terus mengasak.
Namun, tidak lama selepas itu, Hasbi yg masuk sebagai penyerang telah melakukan first-timer utk menyepak masuk ke penjuru kanan gol lawan utk mengekalkan kelebihan 2 gol SOFC. SOFC berharap dapat kekalkan kedudukan 3-1 sehingga akhir babak kedua, namun kesilapan benteng kanan yg tidak mengeluarkan bola ke luar padang telah mengundang padah. Penyerang berbiasa TNBG berjaya merampas bola dan seterusnya merembat ke dalam gawang SOFC melepasi Megat yg bertindak selaku penjaga gol. Kedudukan berubah menjadi 3-2 dan 2 gol lawan hasil kesilapan mudah barisan pertahanan sedikit-sebanyak telah melemahkan semangat pemain-pemain SOFC yg telah mengerahkan segenap tenaga mereka. SOFC juga kehilangan sayap kanan, Rahmad yg telah diterjah dengan agak keras di kotak penalti lawan, namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada SOFC. Rahmad mengalami kecederaan lutut yg serius dan tidak dapat teruskan permainan.
Babak terakhir, TNBG mula menampakkan persefahaman mereka dan menguasai bahagian tengah. Pemain-pemain SOFC telah kehabisan tenaga dan idea sehingga membiarkan lawan mengatur serangan demi serangan. Barisan midfield SOFC langsung tidak dapat berfungsi sehingga membataskan serangan ke kubu lawan. TNBG bijak menggunakan peluang dan menjaringka satu lagi gol mudah hasil masalah komunikasi di benteng SOFC seterusnya menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Gol itu telah menyuntik semangat utuk mereka mencari gol kemenangan dan akhirnya, gol yg dicari-cari berjaya dihasikan oleh penyerang berbisa (pemain Kilat KL ke??) melalui rembatan dari jarak jauh yg gagal ditampan kemas oleh Megat.
Akhirnya, SOFC terpaksa menggigit jari dengan kekalahan 3-4 walaupun telah mendahulu 2-0 dan 3-1 pada suatu ketika. Tahniah diucapkan kepada pasukan TNBG yg menampilkan semangat juang dan stamina yg tinggi sehingga berjaya bangkit dari ambang kekalahan. Utk pemain-pemain SOFC pula, kita perlu lebih berdisiplin dan sentiasa meningkatkan ketahanan mental dan stamina utk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang. Kesalahan-kesalahan kecil mesti dielakkan dan taktik permainan pasukan mesti difahami dengan baik. Bersedialah utk game seterusnya menentang PUNB pada 11 Mac ini. SOFC Boleh!!!!
Sekian.

Friday, February 19, 2010

SOFC vs AMKL (Protection United)







Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.20 ptg
Venue : Padang kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (0-1)
Scorer : -
Team Rating : 6/10

Bangsar - SOFC dan AMKL (Protection) telah bertemu buat kali keempat pada 11 Feb 2010 lepas. Sebelum itu, SOFC telah menang 2 kali (3-1 & 1-0) menakala seri sekali (1-1) .

AMKL telah menurunkan sebahagian besar pemain-pemain baru yg lebih kompetitif dan muda utk mencari kemenangan pertama ke atas SOFC. Permainan diadakan dalam 3 babak.

Pada babak pertama, AMKL lebih menguasai permainan dengan jentera tengah SOFC tidak dapat bergerak dengan baik utk mengawal pergerakan lawan. SOFC telah bermula dengan taktik percubaan 4-4-2 untuk menguji posisi beberapa pemainnya. AMKL berjaya mendapat gol sulung melalui percubaan jarak jauh pemain tengahnya dari sebelah kiri padang. Sepakan cantik itu tidak berjaya ditepis keeluar oleh Daniel lalu menerjah jaring. Beberapa peluang dicipta oleh SOFC namun kerap dihalang oleh kecekapan penjaga gol AMKL.

Babak kedua, perlawanan mula seimbang. Dengan pertukaran strategi kepada 4-3-3, SOFC mula menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus. Terdapat 3 peluang keemasan utk menjaringkan gol dengan 1 gol jaringan Rahmat tidak dikira kerana off-side. Zaid, Epul dan Rahmat juga melepaskan beberapa peluang mudah utk jaringkan gol.

Babak ketiga, kesebelasan utama SOFC dimasukkan kembali namun masih gagal mencari gol penyamaan walaupun berjaya menguasai permaianan dan mempunyai beberapa percubaan ke arah gol. Ternyata 2 bek tengah AMKL amat kental mengawal pergerakan barisan serangan SOFC.

Tamat permainan, AMKL berjaya kalahkan SOFC buat kali pertama dengan jaringan 1-0. Tahniah kepada AMKL yg berjaya menunjukkan gaya permainan yang bersih dan menarik.

Thursday, February 4, 2010

SOFC vs KWSP KL





Tarikh : 2 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kleab Kilat, Bangsar (Home)
Result : Menang (3-1)
Scorers : Daus, Zaid & Hasbi
Team Rating : 6/10

Bangsar - Perlawanan pertama antara SOFC dan KWSP akhirnya berjaya diadakan setelah 3 kali ditangguhkan pada tahun 2009 berikutan cuaca yg tidak mengizinkan. Akhirnya hasrat KWSP utk bermain di padang pujaan ramai ini menjadi realiti.

Namun demikian, ini bukan bererti team KWSP akan mendapat laluan mudah untuk menunjukkan kepakaran mereka di padang bola. Team SOFC juga mempunyai keazaman yg tinggi utk mencatat kemenangan pertama bagi tahun baru 2010 ini disamping mengharapkan tuah jersi baru...

Hari yg bersejarah bagi SOFC kerana sejumlah 22 pemain telah turun padang iaitu jumlah terbesar pernah dilihat pada mana-mana perlawanan. Pengurus mengalami kesukaran utk memberi peluang kepada semua pemain beraksi walalupun selama 30 minit. Cuba bayangkan, semasa 11 pemain beraksi di tengah padang, satu lagi pasukan (11 pemain) sedang menanti giliran di luar padang. Alangkah baiknya kalau setiap game, kita dapat komitmen sebegini dari para pemain SOFC.

Ok, berbalik kepada game kita. SOFC telah memulakan game tanpa 5-6 orang pemain utama yg terpaksa datang dari ILSAS. Tempat mereka diisi oleh beberapa pemain baru yg terpaksa bermain di posisi yg agak asing. Kesannya agak ketara, dimana banyak hantaran tidak menjadi dan peluang-peluang menjaringkan gol banyak disia-siakan. KWSP terlebih dahulu menghukum aksi longgar SOFC dengan menjaringkan gol pertama perlawanan akibat kawalan longgar di bahagian pertahanan SOFC.

Selepas gol itu, pengurus telah membuat pertukaran drastik dengan memasukkan 3 pemain pertahanan otai utk mengukuhkan benteng. Dengan kestabilan benteng, SOFC pantas mengubah rentak permainan untuk menjaringkan 2 gol hasil jaringan Daus (tandukan) dan Zaid yg masuk menggantikan Zumi hasil sentuhan pertama di atas padang. Tamat separuh masa, SOFC mendahului 2-1.

Pada separuh masa kedua, KWSP mendapat penalti, namun gagal disudahkan dengan baik utk kedudukan kekal 2-1 kepada SOFC. SOFC mula selesa dengan formasi 4-3-3 yg baru diterapkan sehingga melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu lawan namun deretan peluang telah disia-siakan oleh barisan hadapan. Berbelas-belas peluang sepatutnya telah memberi kemenangan selesa kepad SOFC. Akhirnya gol ketiga SOFC hasil jaringan Hasbi telah menutup peluang KWSP utk bangkit.

Kesudahannya, SOFC telah menang ke atas KWSP dengan jaringan 3-1 seterusnya memberi kemenangan pertama setelah sekian lama beraksi tanpa kemenangan.

Wednesday, January 27, 2010

SOFC vs Benteng Utama










Tarikh : 26 Januari 2010 (Selasa)
Masa : 5.45 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Seri (1-1)
Scorer : Nozumi
Team Rating : 6/10
Bangsar - SOFC terpaksa melayan satu lagi pasukan selang 5 hari selepas kalah kepada Jalan Timur FC. Kali ini pasukan Benteng Utama telah mempelawa SOFC pada saat-saat akhir utk perlawanan ketiga antara kedua-dua pasukan. Sebelum ini, Benteng memenangi game pertama dengan 3-0 diikuti keputusan seri 2-2 pada game kedua.
Hari yg mengujakan setiap pemain SOFC kerana pada hari ini, jersi baru SOFC utk musim 2010/11 akan dirasmikan utk perlawanan pertama. Diharapkan jersi biru hitam (Inter Milan) ini akan membawa tuah utk SOFC mencapai kemenangan demi kemenangan.
Beberapa pemain baru SOFC iaitu Midi, Amir dan Faris telah berjaya turun beraksi setelah mendapat jersi baru masing-masing. Namun, Hairul (bek kanan) dan Rahmat (sayap kanan) yg beraksi cemerlang semasa melawan JTFC tidak dapat menyertai pasukan atas komitmen kerja.
Separuh masa pertama, perlawanan berkesudahan 0-0 walaupun SOFC mempunyai banyak peluang utk menjaringkan gol namun disia-siakan oleh barisan hadapan. Perangkap off-side pihak lawan beberpa kali menghampakan SOFC apabila hantaran dari bahagian sayap diarahkan kepada barisan penyerang.
Pada separuh masa kedua, Nozumi bertindak bijak utk menyepak masuk gol pertama utk SOFC mendahului 1-0. Namum, kelekaan pemain SOFC membolehkan Fahmi menjaringkan gol penyamaan Benteng hasil lambunan bola dari jarak jauh menewaskan Daniel di gawang.
Keputusan muktamad, kedua-dua pasukan terikat 1-1. Walaupun begitu, sepatutnya SOFC berjaya memenangi game ini berdasarkan penguasaan permainan dan juga deretan peluang yg dicipta namun gagal disempurnakan dengan baik.
Sesuatu yg menggembirakan adalah persembahan pemain - pemain muda yang begitu bersemangat dan dapat menyesuaikan diri dengan pemain-pemain senior. Pada keseluruhan, stamina dan didiplin pemain perlu ditingkatkan lagi andai mahu mencapai kemenangan di masa depan.

SOFC vs Jalan Timur FC







Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 5.45 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (2-3)
Scorers : Hasbi & Za
Team Rating : 6/10

Bangsar - SOFC telah dipelawa oleh Jalan Timur FC (JTFC) dari TNBD PJ utk perlawanan persahabatan yg kedua. Pada perlawanan pertama beberapa tahun lepas, SOFC telah kalah dengan jaringan 3-4.

Perlawanan kali ini amat menarik kerana SOFC ingin membalas dendam atas kekalahan lalu walaupun menyedari JTFC dibarisi beberapa pemain hebat yg pernah mewakili Kelab Kilat KL.

Dengan semangat yg tinggi SOFC telah menguasai separuh masa pertama sehinggakan jentera tengah JTFC tidak dapat berfungsi dengan lancar. Daus dan Rizal berjaya mengawal tempo permainan dan melancarkan gerakan ke kubu lawan. Akhirnya Hasbi berjaya menyudahkan hantaran silang Rizal untuk menanduk masuk menewaskan penjaga gol JTFC. Daniel telah beraksi cemerlang di gawanag SOFC dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya lawan. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel separuh masa dibunyikan.

Pada babak kedua, SOFC dan JTFC telah membuat beberapa pertukaran pemain. Seperti biasa, rentak permainan SOFC sedikit terjejas apabila bebrapa pemain utama direhatkan. Keadaan kelam kabut di pintu gol SOFC membolehkan JTFC menyamakan kedudukan hasil gerakan di sebelah kanan yg gagal ditangani oleh pertahanan SOFC.

Namun begitu, SOFC sekali lagi mendahulu hasil jaringan Za berikutan perebutan bola di dalam kotak penalti JTFC. SOFC mendahului buat kali kedua dengan jaringan 2-1.

JTFC menggunakan kelebihan stamina dan pengalaman pemain-pemain mereka untuk mendapatkan 2 gol yang tidak mampu dibendung oleh pertahanan SOFC yg kelihatan agak rapuh berikutan ketiaadaan An yg mengalami demam.

SOFC cuba menyamakan kedudukan di minit-minit akhir permainan namun beberapa peluang telah disia-siakan di dewan pintu gol lawan.

Tamat permainan, SOFC sekali lagi ditundukkan oleh JTFC, kali ini dengan jaringan 2-3. Namun begitu, pemain-pemain SOFC telah menunjukkan peningkatan berbanding ketika dibelasah oleh Celtic FC pada hujung minggu lepas.

Tuesday, January 19, 2010

SOFC vs Celtic FC





Tarikh : 17 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kem Sg. Besi, KL (away)
Result : Kalah (0-8)
Team Rating : 3/10

Sg. Besi - Pasukan SOFC telah mendapat undangan untuk menentang Celtic FC dari Shah Alam. Pasukan yg tidak diketahui kekuatannya ini telah menunjukkan satu corak permainan yg mengagumkan semua pemain SOFC.
Tamat separuh masa pertama, SOFC ketinggalan 0-3. Pada separuh masa kedua, Celtic FC terus menambah gol demi gol sehingga ke wisel penamat. Tamat permainan, Celtic FC menang 8-0.
Pada amnya, gabungan pemain-pemain SOFC telah gagal berfungsi sebagai satu pasukan dan telah dihukum oleh larian-larian deras dan ketajaman penyudah pihak lawan.
Sememangnya SOFC bukanlah tandingan Celtic FC yg membariskan majoriti pemain di bawah usia 25 tahum disamping mempunyai sistem latihan yg sistematik.
Namun kekalahan terbesar dalam sejarah SOFC ini tidak mematahkan semangat pemain-pemain utk terus berjuang menghadapi game seterusnya melawan TNBD PJ di Kelab Kilat pada hari Khamis ini. Ayuh kita bangkit wahai pemain-pemain SOFC!!!!!
Sekian.

Thursday, December 31, 2009

SOFC vs SBM Offshore FC







Tarikh : Selasa, 22 Disember 2009
Masa : 5.45 petang
Tempat : Padang Kelab Kilat Kuala Lumpur (Home)
Results : Kalah (2-3)
Scorers : Rizal & Hasbi
Team Rating : 7/10

Bangsar - Cuaca cerah dan keadaan padang yg cantik begitu mengujakan setiap pemain SOFC utk bertarung di Padang Kilat. Lawan yg dipilih bukan calang-calang kerana bertaraf semi-pro. Pada perlawanan pertama di Brickfields, SOFC telah tewas 0-3. Kali ini SOFC dapat mengumpulkan lebih ramai pemain utk membawa misi membalas dendam.

Pada separuh masa pertama, SOFC menunjukkan permainan yg menarik dan kesungguhan yg tinggi utk menang. Selepas SBM menjaringkan gol pertama hasil gerakan dari sebelah kiri, SOFC pantas membalas dua gol hasil jaringan Rizal dan Hasbi. Gol Rizal adalah hasil sepakan percuma yg mengelirukan diambil oleh Nozumi, dan disudahkan di depan pintu gol oleh Rizal. Gol kedua pula hadir hasil pergelutan di dalam kotak penalti. Bola hantaran pendek Apai kepada Hasbi bijak disempurnakan setelah penjaga gol lawan tersilap langkah. Pada akhir babak pertama, SBM berjaya mendapat gol penyamaan hasil larian pantas sayap kiri yg bermain cemerlang. Akhir babak pertama, kedudukan 2-2.

Separuh masa kedua menyaksikan SOFC menukar sebahagian besar pemain dan posisi. Keletihan jelas menguasai pemain SOFC yg masih kurang dari segi ketahanan stamina menyebabkan banyak gerakan tersekat dan peluang gagal disudahi dengan baik. Barisan pemain pertahanan SBM bermain dengan kemas mengawal gawang mereka. Akhirnya SBM menggunakan mengalaman bermain di peringkat yg lebih tinggi utk menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir permainan. Bola dari sebelah kanan sedikit mengelirukan penjaga gol lalu menerjah gawang SOFC. Keputusan akhir, SOFC kalah 2-3.

Walaupun kalah, SOFC telah bermain dengan agak baik dan berjaya menyeimbangi persembahan pasukan lawan. Kekurangan pengalaman dan kecergasan pemain menyumbang kepada kekalahan tipis ini. Nampaknya, perlawan malam Sabtu dengan KCB sedikit menyumbang kepada maslah kecergasan pemain yg terpaksa beraksi selepas 2 hari rehat. Namun pada akhirnya, semua pemain puas hati dan pulang dengan gembira.

Tahniah diucapkan kepada pasukan SBM, semoga kita jumpa lagi 6 bulan akan datang.

Sekian.

SOFC vs Kg. Cheras Baru FC














Tarikh : Sabtu, 19 Disember 2009
Masa : 9 malam
Venue : Padang Taman Metropolitan, Kepong
Results : Kalah (1-2)
Scorer : Puloi (import)
Team Rating : 6/10

Kepong - Pasukan SOFC telah diundang utk menentang Kg. Cheras Baru FC (KCB) utk bermain pada waktu malam buat pertama kali utk tahun ini. Padang Taman Metropolitan ini juga baru pertama kali dijejaki. Namun keadaan padang yg berpasir dan lampu limpah yg kurang cerah sedikit merencatkan permainan SOFC.

Seperti perlawanan pada hujung minggu yg lain, hanya 8 orang pemain regular SOFC yg sanggup hadir berjuang di padang, manakala 6 pemain dimport dari Kawan-Kawan FC. Ini sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan SOFC disebabkan ramai pemain yg bermain bersama buat pertama kali.

Namun SOFC cuba menandingi stamina dan skil pemain-pemain KCB yang sudah biasa bermain di padang tersebut. Permainan dilangsungkan dalam 3 babak selama 30 minit.

Babak pertama menyaksikan banyak peluang disia-siakan oleh kedua-dua pasukan, akhirnya terikat 0-0. Pada babak kedua, KCB terlebih dahulu menjaringkan gol tapi disamakan oleh Puloi sebelum tamat permainan, berkesudahan 1-1. Pengadil juga telah membatalkan 2 gol jaringan SOFC atas alasan off-side.

Pada babak ketiga, permainan semakin rancak dan akhirnya KCB berjaya mendapat gol kemenangan sekaligus menang 2-1.

Walaupun tewas, pengalaman bermain dengan pasukan KCB sungguh berguna kepada pasukan SOFC. Namun demikian, keadaan padang yg kurang elok telah menyebabkan sebahagian besar pemain SOFC mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.

Sekian.

Monday, November 16, 2009

SOFC lwn Borong United





















Tarikh : 14 November 2009 (Sabtu)
Masa : 5.30 - 7.00 ptg
Venue : Padang Institut Peguruan Teknik, Cheras
Result : Menang (4-3)
Scorer : Fuad, Nozumi, Hasbi & Rizal

Cheras - Hujan renyai-renyai di sekitar KL tidak menghalang game ini daripada diteruskan seperti perancangan. Buat julung kalinya, kedua-dua pasukan bertemu setelah pasukan Borong Utd membuat tawaran dalam satu forum alumni.

Game yg dirancang bermula pukul 5.00 petang terpaksa ditunda ke pukul 5.30 ptg kerana ramai pemain terperangkap dalam kesesakan akibat hujan. Permainan dimulakan dengan 10 pemain setiap pasukan. Sepatutnya pertarungan dilaksanakan dalam 3 babak, namun akhirnya hanya 2 babak (30 minit setiap babak) berjaya dilalui kerana Borong Utd tidak mempunyai pemain-pemain simpanan utk menggantikan pemain-pemain utama yg sudah kepenatan.

Separuh masa pertama, SOFC membuka jaringan pertama melalui rembatan deras sayap kanan, Fuad yg bijak menyempurnakan bola dari bahagian midfield. Borong Utd cuba melawan dan berjaya mendapat gol penyamaan hasil larian solo penyerang utamanya tanpa dapat dikawal oleh pertahanan SOFC. Namun sebelum tamat separuh masa pertama, penyerang yg sedang 'form' Nozumi berjaya meletakkan SOFC 2-1 di hadapan setelah berjaya menjaringkan gol peribadinya yang kedua dalam 2 perlawanan.

Babak kedua bermula dalam cuaca yg agak baik dan SOFC telah menukar posisi beberapa pemain utamanya. Hantaran cantik Nozumi yg bertindak sebagai sayap kiri hampir disudahi dengan baik oleh Hasbi namun tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol lawan. Namun akhirnya, Hasbi berjaya memperolehi gol pertama pada tahun ini hasil lorongan Anip yang memerangkap pertahanan Borong Utd lantas disudahkan dengan baik untuk SOFC mendahului 3-1.

Borong Utd terus melawan dan merapatkan jurang kepada 3-2 sebelum Rizal merembat mudah dari jarak dekat pintu gol lawan untuk SOFC selesa mendahului 4-2. Namun kesilapan benteng mengawal kemas pertahanan membolehkan Borong Utd memperoleh gol ketiga tidak lama selepas itu.

SOFC terus memperolehi beberapa peluang keemasan namun gagal disempurnakan oleh barisan depan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Akhirnya pemain-pemain SOFC dapat menarik nafas lega setelah berjaya mencapai kemenangan pertama pada tahun ini setelah bertungkus-lumus merancang strategi dan mencuba beberapa formasi permainan. Akhirnya formasi 4-4-2 yg diterapkan oleh Nozumi selaku Pengurus Pasukan berjaya dipraktikkan dengan baik hasil adunan pemain tempatan dan import.

Pemain-pemain:
  1. hasbi
  2. an
  3. faizal
  4. nozumi
  5. rizal
  6. fuad
  7. apai
  8. za
  9. zaid
  10. fathi
  11. figo
  12. anip
  13. tuloi
Subs tidak digunakan : Azmi, Mat Ju & Halim.

Thursday, November 5, 2009

SOFC vs KILAT VETERAN

















Tarikh : 2 November 2009 (Isnin)

Masa : 5.45 - 7 ptg

Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar (Home)

Result : Seri (2-2)

Scorer : Nozumi & Azmi


Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua perlawanan semalam antara SOFC vs VETERAN Kilat berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

SOFC telah menunjukkan semangat yang gigih dalam mengharungi perlawanan yang disertai dengan hujan renyai dan beberapa dentuman kilat.

Untuk separuh masa yang pertama kita Berjaya menghasilkan beberapa serangan yang cukup bertenaga dari setiap penjuru. Larian pantas Rahmat dan Kekentalan An Berjaya mengimbangi serangan bertali arus dari Kilat Veteran. Juga pujian untuk Nishal sebagai penjaga gawang yang bertungkus lumus menjaga gawang dari dibolosi.

Kita berjaya bermain dengan baik pada separuh masa pertama.

Hantaran demi hantaran yang dihasilkan oleh wing kanan iaitu rahmat dan leretan deras dari kiri Hasbi sebenarnya mampu membuahkan hasil . Tandukan Hasbi pada minit2 awal melewati palang gol. Sepakan percuma ala-ala Ronaldinho yang diambil oleh penyerang sensasi Nozumi hampir menggegar jaring lawan.
Belum puas dengan serangan akhirnya gol yang dinanti menjadi kenyataan

Gol pembukaan dari SOFC dijaringkan menerusi kelincahan penyerang yang licik iaitu Nozumi hasil hantaran kemas dari Kapten pasukan Rizal.

Gol penyamaan dari Kilat Veteran melalui sepakan lintang yang memperdayakan benteng pertahanan SOFC.Benteng SOFC sebenarnya berhempas pulas mengasak larian pantas penyerang kilat yg selalu mendapat peluang through past lantas disangkal oleh kerajinan Apaikun dan An selaku lastman yang sering mengecewakan Kilat Veteren.

Pujian juga harus diberikan kepada kapten (Rizal) yang sanggup untuk menggalas tugas yang berat di atas padang. Menggerakkan bahagian tengah rizal nampaknya tidak kekok untuk mengubah permainan dari bertahan kepada serangan.

Separuh masa kedua digantikan dengan beberapa pemain yang tidak kurang hebatnya(Halim,Amir(Si degil), Megat. Gol kedua Kilat dijaringkan melalui larian pantas penyerang.veteren biarpun diasak dari segala kudrat pertahanan SOFC yang bertubuh kerdil jika dibandingkan dengan player Kilat yang mempunyai stamina yang kuat dan kelebihan fizikal..Asakan demi asakan dilakukan dari kedua2 pasukan.Sehingga hampir waktu penamat.Amir dijatuhkan diluar kotak penalty.Free Kick yang comel berjaya memperdaya defender Kilat,lalu ditanduk oleh Azmi Senior selaku pemain gantian bijak mengelirukan keeper Kilat utk gol penyamaan yang menarik.tika beberapa saat utk masa penamat Fuad selaku mildfield mendapat peluang meloloskan diri dari pertahanan Kilat..dan merembat kencang didepan keeper tanpa muslihat..tetapi gol kemenangan dinafikan oleh tiang gol kilat..dan tiada follow pemain SOFC..dah pancit la tuhh...bento x main..lau dia main mesti dia dapat punye...

Keputusan seri sudah memadai utk menebus kekalahan pada masa lampau dengan Kilat Veteren pada tahun lepas.Terima kasih diucapkan pada semua player yang mampu mengekang arus deras serangan Kilat Veteren .

Manager Motivasi Pasukan =En Hamzah

Manager Penguat Suara=En Hisham

Pemerhati Stamina=En Tajul

Gambar oleh=Bento Fabregas(injured tulang keting)


Rating

Nozumi-8.0

Hasbi-7.5

Rizal-7.5

Daus-7.6

Faizal -7.4

Fuad-6.9 (injured)

An- 8.0

Azmi Senior -7.0

Apaikun -7.0

Za-6.5

Rahmat-7.5

Nishal-7.3

Amir-6.0

Halim -6.7

Sharin-6.7

Megat-6.5