Thursday, March 4, 2010

SOFC vs TNBG HQ




Tarikh : 25 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (3-4)
Scorers : Midi, Fuad & Hasbi
Team Rating : Average 6/10 (Attack : 7/10; Midfield : 6/10; Defence : 5/10)

Bangsar - Ungkapan "Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari" sesuai menggambarkan perlawanan pada kali ini. Walaupun selesa mendahului lawan pada satu ketika, akhirnya SOFC tumbang dengan agak mengecewakan.
Perlawanan yg julung-julung kali diadakan antara SOFC dan TNBG HQ telah berlangsung sengit. Walaupun SOFC pernah menang dalam perlawanan persahabatan futsal, skuad bola padang TNBG telah menurunkan pemain-pemain yg hebat sehingga dapat menyumbat 4 gol ke dalam gawang SOFC.
Perlawanan berlangsung dalam 3 babak selama 20 minit setiap satu. SOFC terpaksa bermula tanpa 5 tonggak utama utk perlawanan ini termasuk penjaga gol utama dan simpanan, Daniel dan Nishal. Hasbi dan Megat terpaksa menggalas tugas sebagai penjaga gol gantian utk kali ini. Ketiadaan Daniel, Hairul, Daus dan Nozumi jelas merencatkan prestasi pasukan.
Pada babak pertama, SOFC telah menguasai hampir 70% permainan dan melancarkan serangan bertali-arus ke kubu lawan. Hasilnya, tidak lama selepas sepak mula, gol pertama dihasilkan hasil sepakan lintang Fuad dari sebelah kanan tidak dapat dikawal dengan kemas oleh penjaga gol TNBG lalu disudahkan di depan gol dengan mudah oleh Midi untuk gol pertama beliau bersama SOFC.
Tidak lama selepas itu, sayap kanan Fuad berjaya melepaskan satu sepakan lambung dari luar kotak penalti utk memperdayakan penjaga gol lawan. SOFC selesa mendahului 2-0 dan terus mengasak lawan. Namun, penguasaan di tengah padang gagal dimanafaatkan di depan pintu gol. Sepakan Apai terkena palang gol dan tandukan susulan Rahmad melepasi palang gol. Kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.
Beberapa pertukaran dibuat pada babak kedua, dengan beberapa pemain simpanan dimasukkan menggantikan pemain yg kepenatan. Kerapuhan barisan pertahanan mula menjelma dimana masalah komunikasi antara penjaga gol dan barisan benteng menghadiahkan satu gol mudah kepada TNBG. Bola hantaran ke dalam dari sebelah kiri gol yg sepatutnya dikawal telah meleleh ke kotak penalti dan ditolak ke dalam gawang SOFC oleh penyerang lawan. Gol ini jelas memberi semangat kepada TNBG utk terus mengasak.
Namun, tidak lama selepas itu, Hasbi yg masuk sebagai penyerang telah melakukan first-timer utk menyepak masuk ke penjuru kanan gol lawan utk mengekalkan kelebihan 2 gol SOFC. SOFC berharap dapat kekalkan kedudukan 3-1 sehingga akhir babak kedua, namun kesilapan benteng kanan yg tidak mengeluarkan bola ke luar padang telah mengundang padah. Penyerang berbiasa TNBG berjaya merampas bola dan seterusnya merembat ke dalam gawang SOFC melepasi Megat yg bertindak selaku penjaga gol. Kedudukan berubah menjadi 3-2 dan 2 gol lawan hasil kesilapan mudah barisan pertahanan sedikit-sebanyak telah melemahkan semangat pemain-pemain SOFC yg telah mengerahkan segenap tenaga mereka. SOFC juga kehilangan sayap kanan, Rahmad yg telah diterjah dengan agak keras di kotak penalti lawan, namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada SOFC. Rahmad mengalami kecederaan lutut yg serius dan tidak dapat teruskan permainan.
Babak terakhir, TNBG mula menampakkan persefahaman mereka dan menguasai bahagian tengah. Pemain-pemain SOFC telah kehabisan tenaga dan idea sehingga membiarkan lawan mengatur serangan demi serangan. Barisan midfield SOFC langsung tidak dapat berfungsi sehingga membataskan serangan ke kubu lawan. TNBG bijak menggunakan peluang dan menjaringka satu lagi gol mudah hasil masalah komunikasi di benteng SOFC seterusnya menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Gol itu telah menyuntik semangat utuk mereka mencari gol kemenangan dan akhirnya, gol yg dicari-cari berjaya dihasikan oleh penyerang berbisa (pemain Kilat KL ke??) melalui rembatan dari jarak jauh yg gagal ditampan kemas oleh Megat.
Akhirnya, SOFC terpaksa menggigit jari dengan kekalahan 3-4 walaupun telah mendahulu 2-0 dan 3-1 pada suatu ketika. Tahniah diucapkan kepada pasukan TNBG yg menampilkan semangat juang dan stamina yg tinggi sehingga berjaya bangkit dari ambang kekalahan. Utk pemain-pemain SOFC pula, kita perlu lebih berdisiplin dan sentiasa meningkatkan ketahanan mental dan stamina utk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang. Kesalahan-kesalahan kecil mesti dielakkan dan taktik permainan pasukan mesti difahami dengan baik. Bersedialah utk game seterusnya menentang PUNB pada 11 Mac ini. SOFC Boleh!!!!
Sekian.

5 comments:

kaka said...

Kalah lagi; macam lebai malang!!!!!!

Bento said...

kalah menang adat permainan lah; awak apa risau, kaka!!!!!!

hasbi_suarez said...

Teruskan usaha..Yang penting jangan putus asa..

taiko said...

usaha kite bersama2 memantapkan pasukan kite..stamina dan strategi mesti diutamakan.pihak pengurusan teringgi akan menghantar pakar dalam merealisasikan impian kita semua

BiskutMeri said...

Pengurusan teringgi akan menghantar pakar dalam merealisasikan impian kita semua!!!
siapa? Torres, Messi atau Indraputra? Jangan hantar si azam sudahlah!!!!!

Post a Comment