Wednesday, January 27, 2010

SOFC vs Jalan Timur FC







Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 5.45 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (2-3)
Scorers : Hasbi & Za
Team Rating : 6/10

Bangsar - SOFC telah dipelawa oleh Jalan Timur FC (JTFC) dari TNBD PJ utk perlawanan persahabatan yg kedua. Pada perlawanan pertama beberapa tahun lepas, SOFC telah kalah dengan jaringan 3-4.

Perlawanan kali ini amat menarik kerana SOFC ingin membalas dendam atas kekalahan lalu walaupun menyedari JTFC dibarisi beberapa pemain hebat yg pernah mewakili Kelab Kilat KL.

Dengan semangat yg tinggi SOFC telah menguasai separuh masa pertama sehinggakan jentera tengah JTFC tidak dapat berfungsi dengan lancar. Daus dan Rizal berjaya mengawal tempo permainan dan melancarkan gerakan ke kubu lawan. Akhirnya Hasbi berjaya menyudahkan hantaran silang Rizal untuk menanduk masuk menewaskan penjaga gol JTFC. Daniel telah beraksi cemerlang di gawanag SOFC dengan menyelamatkan beberapa percubaan bahaya lawan. Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel separuh masa dibunyikan.

Pada babak kedua, SOFC dan JTFC telah membuat beberapa pertukaran pemain. Seperti biasa, rentak permainan SOFC sedikit terjejas apabila bebrapa pemain utama direhatkan. Keadaan kelam kabut di pintu gol SOFC membolehkan JTFC menyamakan kedudukan hasil gerakan di sebelah kanan yg gagal ditangani oleh pertahanan SOFC.

Namun begitu, SOFC sekali lagi mendahulu hasil jaringan Za berikutan perebutan bola di dalam kotak penalti JTFC. SOFC mendahului buat kali kedua dengan jaringan 2-1.

JTFC menggunakan kelebihan stamina dan pengalaman pemain-pemain mereka untuk mendapatkan 2 gol yang tidak mampu dibendung oleh pertahanan SOFC yg kelihatan agak rapuh berikutan ketiaadaan An yg mengalami demam.

SOFC cuba menyamakan kedudukan di minit-minit akhir permainan namun beberapa peluang telah disia-siakan di dewan pintu gol lawan.

Tamat permainan, SOFC sekali lagi ditundukkan oleh JTFC, kali ini dengan jaringan 2-3. Namun begitu, pemain-pemain SOFC telah menunjukkan peningkatan berbanding ketika dibelasah oleh Celtic FC pada hujung minggu lepas.

5 comments:

Jalan Timur FC said...

Asyik kalah memanjangggggg! Tukar nama kpd Kalah fc atau Blunder fc, lagi bagus! Apa pun, tahniah atas penderitaan SOFC; teruskan usaha anda untuk jadi bahan lawak jenaka!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Terima kasih daun keladi..lain kali boleh lawan lagi....

fathi said...

permainan menarik

JalanTimur FC said...

fathi said...permainan menarik??? Tapi kalah. Jaringan mustahak; bukan setakat permainan yg menarik saja! Kalau nak lebih menarik; main saja video games; lebih menakjubkannnnnnnn

TNBG said...

Setuju tu Jalan Timur!!!!!!!Komen yang tepat dan bernas!!!!!!hoi fathi, kalau tak puas hati; ajak je Jalan Timur berentap kat Futsal pulak! Mana lah tahu, SOFC boleh menang pulak!!!!

Post a Comment