Tarikh : 2 Februari 2010 (Selasa)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kleab Kilat, Bangsar (Home)
Result : Menang (3-1)
Scorers : Daus, Zaid & Hasbi
Team Rating : 6/10
Bangsar - Perlawanan pertama antara SOFC dan KWSP akhirnya berjaya diadakan setelah 3 kali ditangguhkan pada tahun 2009 berikutan cuaca yg tidak mengizinkan. Akhirnya hasrat KWSP utk bermain di padang pujaan ramai ini menjadi realiti.
Namun demikian, ini bukan bererti team KWSP akan mendapat laluan mudah untuk menunjukkan kepakaran mereka di padang bola. Team SOFC juga mempunyai keazaman yg tinggi utk mencatat kemenangan pertama bagi tahun baru 2010 ini disamping mengharapkan tuah jersi baru...
Hari yg bersejarah bagi SOFC kerana sejumlah 22 pemain telah turun padang iaitu jumlah terbesar pernah dilihat pada mana-mana perlawanan. Pengurus mengalami kesukaran utk memberi peluang kepada semua pemain beraksi walalupun selama 30 minit. Cuba bayangkan, semasa 11 pemain beraksi di tengah padang, satu lagi pasukan (11 pemain) sedang menanti giliran di luar padang. Alangkah baiknya kalau setiap game, kita dapat komitmen sebegini dari para pemain SOFC.
Ok, berbalik kepada game kita. SOFC telah memulakan game tanpa 5-6 orang pemain utama yg terpaksa datang dari ILSAS. Tempat mereka diisi oleh beberapa pemain baru yg terpaksa bermain di posisi yg agak asing. Kesannya agak ketara, dimana banyak hantaran tidak menjadi dan peluang-peluang menjaringkan gol banyak disia-siakan. KWSP terlebih dahulu menghukum aksi longgar SOFC dengan menjaringkan gol pertama perlawanan akibat kawalan longgar di bahagian pertahanan SOFC.
Selepas gol itu, pengurus telah membuat pertukaran drastik dengan memasukkan 3 pemain pertahanan otai utk mengukuhkan benteng. Dengan kestabilan benteng, SOFC pantas mengubah rentak permainan untuk menjaringkan 2 gol hasil jaringan Daus (tandukan) dan Zaid yg masuk menggantikan Zumi hasil sentuhan pertama di atas padang. Tamat separuh masa, SOFC mendahului 2-1.
Pada separuh masa kedua, KWSP mendapat penalti, namun gagal disudahkan dengan baik utk kedudukan kekal 2-1 kepada SOFC. SOFC mula selesa dengan formasi 4-3-3 yg baru diterapkan sehingga melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu lawan namun deretan peluang telah disia-siakan oleh barisan hadapan. Berbelas-belas peluang sepatutnya telah memberi kemenangan selesa kepad SOFC. Akhirnya gol ketiga SOFC hasil jaringan Hasbi telah menutup peluang KWSP utk bangkit.
Kesudahannya, SOFC telah menang ke atas KWSP dengan jaringan 3-1 seterusnya memberi kemenangan pertama setelah sekian lama beraksi tanpa kemenangan.
6 comments:
SOFC telah menang ke atas KWSP dengan jaringan 3-1 seterusnya memberi kemenangan pertama setelah sekian lama beraksi tanpa kemenangan!!!!!Betul ke lawan KWSP atau lawan pasukan serpihan KWSP??????Lama tak menang?????
serpihan KWSP?? sori la bang xde mase nk tnye first team ke serpihan2 kecil..main sudah..jgn marah ye bang! nanti kena jual..hehe
Nak bagitu aloha; KWSP yg sebenar main dalam liga Piala FAM; Kalau setakat nak lawan SOFC; hantar team terencat akal pun cukup!!!!!atau hantar team dari Tadika KWSP, tingkat satu PJ saja lah....harap aloha boleh fahammmmmmm!
Jangan berlagak lah wahai KWSP; kalah tetap kalah walau pun hantar team serpihan! Yang penting, SOFC telah mencontengkan arang ke muka pasukan KWSP; Jangan marahhhhhhhhhhh!
Menconteng arang????Kalah bolasepak dianggap sebagai kena diconteng arang????Biar betul TNBG! kalau macam ini, SOFC dah kena diconteng arang berpuluh kali lah kerana SOFC dah kalah banyak kali!!!!!
Tak sanggup melayan semua komen ini. Biarkan mereka dengan kerenah nya; bila dah penat; senyap lah tu.....
Post a Comment