Tarikh : 14 April 2010 (Rabu)
Masa : 6.00 ptg - 7.15 mlm
Venue : Padang Kelab Kilat, KL
Result : Kalah (2-4)
Scorers : Rizal & Azizul
Team Rating : 6/10
Masa : 6.00 ptg - 7.15 mlm
Venue : Padang Kelab Kilat, KL
Result : Kalah (2-4)
Scorers : Rizal & Azizul
Team Rating : 6/10
Bangsar - Perlawanan antara SOFC dan Kilat Veteran sentiasa menghasilkan banyak gol dengan permainan yg menarik. Pada perlawanan terakhir hujung tahun lepas, kedua-dua pasukan seri 2-2.
Pasukan Kilat Veteran pada kali ini menampilkan beberapa pemain baru yg lebih bertenaga dengan larian pantas dan rembatan yg padu dari jarak jauh. Penjaga gol utama mereka juga agak tangkas menjaga gawang gol.
SOFC terlebih dahulu membuka jaringan hanya selepas beberapa minit permainan bermula hasil jaringan Rizal dari luar kotak penalti. Gol itu walau bagaimanapun gagal penyuntik semangat utk lebih banyak gol buat SOFC walaupun serangan bertali arus dihalakan ke kubu lawan.
Sebaliknya Kilat Veteran berjaya mendapat 4 gol yang sebahagianya berpunca daripada kesilapan di bahagian pertahanan yg gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. SOFC berjaya mendapat gol kedua hasil jaringan Azizul setelah mendapat lorongan daripada Fuad dari tengah padang. Azizul adalah pemain baru SOFC disamping Hisham. Azizul yg bermain sebagai sayap kanan berjaya menjaringkan gol pertamanya semasa debut SOFC, satu statistik yg membanggakan.
Walaupun kalah, pemain-pemain telah berusaha keras dan cuba menyaingi lawan yg lebih berpengalaman. Semoga perlawanan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman yg berharga kepada setiap pemain SOFC utk lebih berjaya di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment