Tarikh : 22 April 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 ptg - 7.15 mlm
Venue : Padang Kelab Kilat, KL
Result : Kalah (1-2)
Scorer : Azmi
Team Rating : 6/10
Masa : 6.00 ptg - 7.15 mlm
Venue : Padang Kelab Kilat, KL
Result : Kalah (1-2)
Scorer : Azmi
Team Rating : 6/10
Bangsar - Perlawanan antara SOFC dan Major Project adalah sebagai pemanas badan utk kedua-dua pasukan yg dalam persiapan ke Piala N. Presiden Penghantaran pada bulan Mei nanti.
Disamping menguji pemain ke kejohanan tersebut, SOFC juga menyenaraikan bebrapa pemain lain utk game ini. Utk kali kedua dalam sejarah, 22 pemain SOFC telah turun. Pasukan ke Piala NP telah bermain pada separuh masa pertama manakala baki pemain2 lain bermain di separuh masa kedua.
Pada separuh masa pertama, barisan SOFC telah menunjukkan persefahaman yg lebih baik dengan membuat banyak hantaran-hantaran pendek antara sesama pemain dan cuba mengawal tempo permainan agar tidak terlalu laju. SOFC memperolehi sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan utk menjaringkan gol, namun kegopohan barisan hadapan menghampakan peminat dan pemain yg berada di luar padang. Akhirnya Major Project menghukum kealpaan benteng SOFC dengan menjaringkan gol dari tandukan dalam kotak penalti hasil hantaran dari sebelah kanan gol. Tamat separuh masa, SOFC ketinggalan 0-1.
Pada separuh masa kedua, SOFC merehatkan hampir 100% pemain utama utk memberi peluang pemain-pemain baru dan simpanan beraksi. Permainan bermula agak kucar-kacir tapi akhirnya kedua-dua pasukan dapat menunjukkan aksi yg lebih bertenaga. Major Project sekali lagi mendapat gol hasil sepakan lambung dari luar kotak penalti. SOFC berjaya memperolehi gol yg dicari-cari hasil sentuhan Azmi yg tenang menyempurnakan peluang di dalam kotak penalti. Selepas itu, kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang gol.
Tamat permainan, Major Project berjaya kalahkan SOFC dengan jaringan 2-1. Tahniah kepada Major Project yg telah menunjukkan gaya permainan yg kemas. Sementara utk pasukan SOFC, pemain-pemain harus meningkatkan stamina supaya dapat bergerak dengan lebih lancar dan dapat mengawal permainan.
0 comments:
Post a Comment