Friday, May 14, 2010

Kejohanan Bolasepak Piala Naib Presiden Penghantaran 2010





ILSAS Bangi - Pasukan SOFC telah menyertai Kejohanan Bolasepak Piala Naib Presiden Penghantaran 2010 yg telah diadakan pada 8-9 Mei 2010 yg lalu. Acara ini menghimpunkan 20 pasukan terbuka dan 6 pasukan veteran warga Bahagian Penghantaran TNB dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Boleh dikatakan acara ini dianjurkan oleh SOFC kerana sebahagian besar AJK Penganjuran pada kali ini adalah ahli-ahli SOFC yg telah bertungkus-lumus menjayakan acara ini disamping turut bertarung tenaga dan kudrat di tengah padang mewakili pasukan SOFC (kategori terbuka) dan pasukan gabungan HQ2 (kategori veteran).

Bagi kategori terbuka, pasukan SOFC telah diundi dalam Group D yg turut disertai pasukan Major Project, AM Dungun, AM Alor Star dan juga AD South. Sebelum kejohanan bermula, Major Project dan AD South dijangka mengisi 2 slot ke suku akhir berdasarkan rekod kejohanan2 yg lalu.

Pasukan SOFC yg dianggotai oleh 14 orang eksekutif (jurutera) dan 2 bukan eksekutif ternyata masih mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan untuk bertarung dengan pasukan-pasukan lain yg lebih berpengalaman dan kekuatan tektikal dan fizikal yg lebih baik. Majoriti pasukan bertanding hanya menurunkan 3 pemain eksekutif dalam setiap perlawanan yg merupakan syarat minimum pertandingan. Kelebihan yg dimiliki oleh pemain-pemain bukan eksekutif ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan2 lain utk melangkah lebih jauh.

Keputusan perlawanan untuk pasukan SOFC :
  1. SOFC vs Major Project : Kalah (0-1)
  2. SOFC vs AD South : Menang (1-0)
  3. SOFC vs AM Dungun : Kalah (0-1)
  4. SOFC vs AM ASTR : Seri (0-0)
Dengan keputusan2 di atas, pasukan SOFC hanya mampu berada di tempat ke-4 kumpulan setelah memungut 4 mata. Kumpulan ini telah diungguli oleh Major Project dan AM Dungun yg muncul juara dan naib juara utk layak ke pusingan suku akhir.

Pada akhirnya, kategori terbuka dimenangi oleh satu lagi pasukan pilihan, iaitu AMKL yang mengalahkan AM Ipoh dalam perlawanan akhir melalui penentuan penalti (6-5) setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa sebenar perlawanan. AMKL membawa pulang Piala Naib Presiden, medal dan wang tunai berjumlah RM 500 manakala AM Ipoh mendapat RM 300.

Untuk kategori veteran, pasukan gabungan HQ2 juga kandas di pusingan awal setelah seri 0-0 dengan Vet North dan kalah 0-3 kepada Vet South. Acara ini dimenangi oleh Vet East yg mengalahkan Vet North 1-0 pada perlawanan akhir.

Pada keseluruhannya, acara ini telah berlangsung dengan meriah dan Naib Presiden sungguh teruja dan gembira untuk menganjurkan kejohanan ini setiap tahun. AM Ipoh telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk kejohanan tahun depan. Semoga SOFC akan dapat membentuk pasukan yg mampu memberi cabaran yg hebat pada tahun depan.

Terima kasih & Selamat Berjuang!






4 comments:

MU Malaysia said...

Nampak nya team SOFC gagah pada nama saja; kalah memanjang; baik jual telor saja lah!!!!he,he,he!!!!!

Major Project said...

Apa macam SOFC; ada teringin nak lawan Major Project ke? Bukan apa; nak bagi peluang balas dendam; bukan ke SOFC kalah 2X dgn kami...he,he,he

fathi said...

kepada team MU jom aaa lawan team kami yg jual telor ni.. best nye dpt main ngan rooney the rudeboy!!

MU Malaysia said...

Mengamuk sakan si fathi ni kalau team SOFC dikutuk? Kalau tak nak dikutuk; tunjukkan kehandalan anda di padang. Bukan dgn mengata orang dalam blog!!!!!

Post a Comment