Tarikh : 3 Jun 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Seri (1-1)
Scorer : Rizal
Team Rating : 7/10 (Attack: 7/10; Midfield : 7/10; Defense : 7/10)
Man of the Match : Amzar (Bek kanan)
Bangsar - Perlawanan ini merupakan ulangan kepada 2 pertemuan dahulu pada tahun ini, di mana Major Project telah memenangi perlawanan persahabatan pertama 2-1 manakala terus unggul 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D, Kej. Bolasepak Piala Naib Presiden baru-baru ini. Perlawanan ini memberi kesempatan terbaik kepada SOFC utk menewaskan lawan mereka yg agak kental di bahagian pertahanan ini.
Perlawanan berlangsung dalam cuaca yg cerah tetapi sedikit mendung yg agak sesuai untuk permainan bola sepak. SOFC yg berjersi Inter Milan cuba mengambil semangat kemenangan pasukan tersebut di Liga Juara-Juara Eropah 2010 utk mempamerkan persembahan yg lebih menarik. Manakala lawan yg berjersi merah mereka seumpama Bayern Munich yg akan menerima amukan dan serangan bertali arus daripada barisan penyerang SOFC.
Pada separuh masa pertama, SOFC yg menurunkan barisan utama termasuk kembali diperkuatkan oleh Daus dan Fuad telah mengawal permainan dengan menguasai bahagian tengah serta melancarkan serangan demi serangan ke kubu lawan dari sebelah kanan. Penguasaan yg hampir mencecah 60% permainan walau bagaimanapun hanya berjaya menghasilkan 1 gol menerusi jaringan Rizal yang mendapat hantaran dari Midi hasil gerakan pasukan dari bahagian tengah. Gol itu kekal sehingga tamat babak pertama. Pertahanan SOFC yg diketuai oleh An berjaya mengahalang sebarang ancaman ke pintu gol disamping persembahana baik penjaga gol, Daniel.
Pada separuh masa kedua, SOFC menurunkan beberapa muka baru termasuk Amzar yg bermain cemerlang di benteng kanan. Nishal bermain baik di posisi 'defensive midfield' manakala Hisham yg membuat penampilan sulung bersama SOFC telah diuji di bahagian serangan. Beberapa pemain utama termasuk An, Zumi, Rizal dan Hasbi telah direhatkan. SOFC masih berjaya mengekalkan penguasaan dan bermain cantik dengan hantaran-hantaran pendek namun tiada kuasa penyudah di bahagian hadapan yg didokong oleh Zaid dan Hisham.
Perlawanan yg seakan sudah dimenangi oleh SOFC telah berubah menjadi seri apabila Major Project berjaya mendapat gol penyamaan hasil tendangan sudut dari sebelah kiri pada minit-minit akhir permainan. Gol hasil sepakan jauh telah menerjah jaring tanpa dapat dikeluarkan oleh barisan pertahanan dan penjaga gol yg tidak dapat mengagak pergerakan bola tersebut. Sejurus kemudian, perlawanan terpaksa dihentikan akibat keadaan ribut petir dan kilat yg saling sambar-menyambar yg boleh membahayakan pemain2.
Kesudahannya, permaianan berakhir dengan keputusan seri 1-1 yg mana bukanlah satu keputusan yg baik utk SOFC kerana telah menguasai majoriti permainan dan persembahan yg baik dari semua pemain. Hanya sedikit kealpaan di hujung permainan memusnahkan harapan utk mencatat kemenangan seterusnya membalas dendam atas 2 kekalahan lalu. Major Project ternyata berpuas hati dengan keputusan seri tersebut, kerana mereka sepatutnya boleh dikalahkan dengan selesa oleh SOFC.
Terima kasih kepada semua yg terlibat termasuk Has yag turun memberi support dan mengambil gambar pasukan.
Adios!

5 comments:
silap ooo.. rizal score hantaran daripada midi.. isk isk..
good game guys. x pe kite ada peluang lain lagi.
haah.. salah sumber laporan..maaf midi
Kenape SOFC selalu gagal mengalahkan Major Project? Tak ada ball ke?
Ada masa menang; ada masa kalah! Itu adat perlawananan! Tapi SOFC ini kalah memanjang kenapa ya? Mungkin makan budu atau belacan banyak sangat kot!!!!
Post a Comment