Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Menang (11-6)
PJ - Achtung telah dipelawa oleh AD-Central utk satu friendly sebagai persiapan kedua-dua pasukan ke Kejohanan Jom La Futsal TNB pada 7 Ogos 2010 nanti.
Pasukan Achtung telah dibarisi oleh kesemua 8 pemain ke Jom La Futsal kecuali Mat Nor (keeper)yg terpaksa menghadiri kelas. Apai telah bertindak sebagai keeper gantian manakala Azmi yg turut turun bermain sebagai defender, manakala AD-Central yg diketuai oleh Hisham hanya dapat menurunkan 5 pemain kerana ada yg terpaksa bekerja kat project site.
Game bermula lewat sedikit sementara menunggu pemain2 AD-Central mencukupi pasukan. Achtung terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fairuz namun permainan mula seimbang sehingga 2-2 untuk beberapa ketika. Kedua-dua pasukan bermain dengan kurang kemas pada awal permainan dengan Achtung gagal menunjukkan gaya sebenar permainan secara short-pass dan counter attacking. Beberapa pemain agak kurang cergas dan ini mengganggu rentak pasukan.
Namun, pada pertengahan game, Achtung mula mendapat rentak dan dapat menjaringkan gol demi gol untuk selesa mendahulu 11-3 sehingga hujung babak permainan. AD-Central yg tiada pemain simpanan tampak agak keletihan dan tidak dapat mengatasi gaya permainan Achtung yg semakin kemas.
Pada akhir-akhir permainan, Achtung melepaskan 3 gol mudah kepada lawan utk kedudukan akhir 11-6 kepada Achtung. Walaupun kemenangan mudah dicapai, game ini memberi kesempatan kepada Achtung untuk menilai prestasi semasa yg masih belum mencapai tahap terbaik sebelum Jom La Futsal bermula...
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Hisham dan pasukan AD-Central untuk Jom La Futsal nanti.
Achtung : hasbi, apai, an, rizal, fairuz, daus, faizal & azmi
0 comments:
Post a Comment