Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : Samba de Futsal, PJ
Result : Seri (11-11)
PJ - Achtung telah berjaya mengajak satu lagi pasukan luar TNB yg agak kuat untuk menguji kekuatan pasukan sebelum menyertai Kejohanan Jom La Futsal yg baru diumumkan oleh pihak Corporate Comm. TNB.
Pasukan Jabatan Kimia menjadikan Samba sebagai home venue mereka dan sudah biasa bermain di court getah besar di sana. Mereka meminta game diadakan dengan 6 pemain bermain di gelanggang bagi setiap pasukan. Walaupun gelanggang agak besar, jumlah pemain yg agak ramai telah menjejaskan gaya permainan Achtung untuk melakukan banyak through pass melalui corak menguasai ruang kosong gelanggang untuk counter attacking seperti diamalkan pasukan Germany di Piala Dunia.
Pasukan Kimia yg mempunyai ramai pemain simpanan bermain dengan baik sekali walaupun mereka kata kekurangan stamina utk bermain 5 sepasukan. Ternyata mereka mempunyai skil yg tinggi dan rembatan yg deras terutama pemain-pemain di barisan hadapan. Achtung yg agak kelam-kabut pada mulanya mula menyesuaikan diri dan telah mendapat gol pertama permainan.
Permainan telah berlangsung dengan rancak dimana kedua-dua pasukan sering mengejar satu sama lain dengan jaringan gol berselang antara kedua-dua pasukan. Pada satu ketika, Achtung berjaya mendahului dengan jaringan 10-8 namun tidak dapat mengekalkan kelebihan gol sehingga tamat permainan.
Kelemahan benteng agak jelas dengan ketiadaan penjaga gol utama, Azmi. Apai dan Daus bertukar ganti menjadi penjaga gol namun terpaksa melepaskan beberapa gol yg cantik. Pemain pertahanan juga agak goyah dan tidak agressif untuk menyekat cubaan lawan ke arah pintu gol.
Akhirnya, Kimia berjaya menyamakan kedudukan dan permainan tamat dengan jaringan 11-11. Tiada gol kemenagan dapat dihasilkan ketika siren dibunyikan oleh pihak Samba menandakan tamatnya extra time.
Terima kasih dan tahniah kepada pasukan Kimia kerana memberikan Achtung satu latihan yg amat berguna dan mereka juga bermain tanpa sebarang kekerasan dan bentesan yg membahayakan.
Achtung : hasbi, an, apai, daus, rizal, fairuz, faizal & zumi
0 comments:
Post a Comment