Friday, July 16, 2010

SOFC vs Malakoff

Tarikh : 15 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.20 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Menang (2-1)
Scorers : Midi & Nozumi
Team Rating : 8/10

Bangsar - Setelah sekian lama tidak bertarung, akhirnya perlawanan yg ditunggu-tunggu oleh kedua-dua pasukan berjaya diadakan dalam cuaca yg sungguh baik walaupun hari tersebut diselubungi awal tebal dan diiringi hujan renyai pada awal petang. Padang yg sedikit lembut membantu pemain-pemain beraksi dengan cemerlang.

Seperti yg diketahui umum, Malakoff mempunyai pasukan bola agak kuat kerana dibarisi pemain-pemain otai yg mempunyai skil tinggi dan digabungkan dengan beberapa pemain muda yg laju. Reputasi ini menyebabkan SOFC lebih berhati-hati menyusun strategi agar tidak terperangkap dengan muslihat lawan.

Rizal (juara FIFA Fantasy League 2010) yg ditugaskan merangka strategi telah memilih sistem 4-2-3-1 yg kembali digunakan setelah kemunculan semula gandingan defensive midfield terbaik SOFC setakat ini iaitu Daus dan Fairuz yg baru pulih dari kecederaan lutut. Permaianan dari kedua-dua pemain ini banayk membantu SOFC menguasai bahagian tengah seterusnya mencipta banyak peluang kepada bahagian depan untuk mengasak pintu gol Malakoff.

Banyak peluang dihasilkan dari bahgian sayap kepada Nozumi yg kembali bertindak sebagai penyerang tunggal di hadapan Rizal yg bermain sebagai attackigng midfielder. Akhirnya, Midi yg bermain sebagai wing kanan berjay membuka jaringan hasil lorongan Rizal yg berjaya melepasi perangkap offside Malakoff. Gol kedua menyusul kemudian hasil tendangan percuma Nozumi yg terus ke dalam gol Malakoff walaupun cuba ditepis penjaga gol lawan. Tamat separuh masa pertama, SOFC selesa mendahului 2-0.

Banyak pertukaran dilakukan pada separuh masa kedua memandangkan SOFC mempunyai 24 pemain (jumlah tertinggi setakat ini) yg perlu diturunkan. Perubahan besar-besaran ini sedikit sebanyak merencatkan gaya permainan SOFC yg dilihat krang kemas di bahagian tengah sehingga menyebabkan Malakoff lebih menguasai permainan. Serangan-serangan SOFC gagal dimanafaatkan oleh barisan penyerang gantian dan akhirnya Malakoff menghukum kealpaan benteng SOFC dengan satu gerakan menarik dari sebelah kanan untuk mendapat gol dari dalam kotak penalti.

Selepas itu, kedua-dua pasukan sering bertukar serangan ke kubu lawan namun deretan peluang gagal dimanafaatkan. Akhirnya, perlawanan ditamatkan dengan kemenangan 2-1 kepada SOFC. Tahniah kepada semua pemain yg begitu komited mengikuti sesi warm-up dan seterusnya mempamerkan aksi yg cukup baik di tengah padang.

Selepas perlawanan, sesi makan-makan dan pertukaran cenderahati dilakukan di Kassa Cafe, Kelab Kilat. Terima kasih juga kepada pemain-pemain Malakoff yg hadir memeriahkan acara.

0 comments:

Post a Comment