Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 6-7 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Menang (9-8)
Team Rating : 8/10
PJ - Buat pertama kali, Achtung bertemu pasukan dari Jabatan Kajicuaca Malaysia yg berpengkalan di PJ. Perlawanan ini telah lama cuba diadakan, namun selepas sebulan, barulah hasrat itu tercapai.
Team lawan yg membawa hampir 10 orang telah sampai awal di Challenger, yg menunjukkan komitmen dan disiplin pemain-pemain mereka. Pemain-pemain yg rata-ratanya di pertengahan umur 20an mempunyai fizikal yg baik disamping stamina yg tinggi. Gaya permainan juga agak menarik dengan corak hantaran-hantaran pendek disamping gaya permainan berpasukan yg cukup baik.
Team Achtung pula terpaksa bermain dengan 7 org setelah Rizal dan Apai tak dapat join pada saat-saat akhir kerana komitmen kerja. Namun, Achtung berjaya menampilkan persefahaman yg amat baik dari mula permainan sehingga tamat. Setelah mendahului lawan 2-0, permainan mula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengejar satu sama lain sehingga terikat 7-7 pada hujung permainan.
Akhirnya, Achtung berjaya menambah dua lagi jaringan sebelum lawan mendapat gol mudah di akhir permainan untuk menjadikan kedudukan akhir 9-8 berpihak kepada Achtung.
Bermain di court getah telah memberi kesempatan kepada pemain-pemain Achtung utk menunjukkan mutu permainan berpasukan yg tinggi namun kebocoran bumbung menyebabkan beberapa bahagian court menjadi licin menyebabkan kegelinciran pemain di atas lantai.
Semoga prestasi ini dapat dikekalkan untuk game-game yg seterusnya.
Achtung : azmi, an, hasbi, zumi, daus, fairuz & Faizal

0 comments:
Post a Comment