Friday, July 2, 2010

Futsal Friendly : Achtung vs TNB ICT



Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 6-7 ptg
Venue : Samba de Futsal, PJ
Result : Menang (12-10)
Team Rating : 6/10

PJ - Pasukan Achtung telah mendapat pelawaan pasukan Bahagian ICT, TNB utk mengadakan satu futsal friendly game di Samba de Futsal.

Achtung yg menurunkan 9 pemain termasuk 3 pemain jemputan dari Red Knights memulakan perlawanan dengan agak perlahan apabila ketinggalan 0-2 pada satu ketika. Permukaan padang yang licin (turf) sedikit-sebanyak mempengaruhi mutu permainan Achtung.

Namun, setelah mendapat rentak dan persefahaman, Achtung mula menguasai permainan seterusnya menjaringkan gol demi gol untuk mendahului pihak lawan.

Pasukan ICT yg dibarisi pemain-pemain muda agak licik di padang namun kekurangan pemain simpanan menjejaskan gaya permainan akibat keletihan. Pada akhir-akhir permainan, mereka menerima beberapa pemain yg baru sampai namun tidak berjaya mengejar jaringan gol Achtung.

Akhirnya, Achtung menang dengan jaringan 12-10. Walaupun menang, banyak kelemahan terserlah dalam perlawanan tersebut seperti kawalan bola dan hantaran yg tidak tepat disamping banyak peluang disia-siakan di depan pintu gol.

Perlawanan ini memberi warm-up terbaik untuk menghadapi pasukan yg akan ditentang untuk pertama kali pada hari Khamis iaitu pasukan dari Jabatan Kajicuaca Malaysia.

Achtung : azmi, hasbi, zumi, rizal, daus, fairuz, midi, halim & faris

0 comments:

Post a Comment