Wednesday, September 29, 2010

Futsal Friendly : Achtung vs Jabatan Kajicuaca Malaysia

Tarikh : 28 September 2010
Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Menang (15-11)

PJ - Buat julung-juung kalinya selepas rehat panjang menyambut puasa dan Hari Raya, team Achtung telah berjaya menjayakan satu perlawanan persahabatan dengan lawan yg setaraf kekuatannya. Dengan hanya satu sesi latihan pada minggu lepas, persembahan Achtung masih belum di tahap terbaik, namun masih mampu mengekalkan mutu permainan berpasukan yg baik dan teratur.

Achtung menurunkan 7 pemain setelah 4 pemain utama (Azmi, An, Faizal dan Rizal) tidak dapat turun, sementara Kajicuaca hanya dapat mengumpulkan seramai 6 pemain sahaja atas sebab komitmen kerja.

Kajicuaca bermula garang dengan mendapatkan gol pertama perlawanan atas kelemahan benteng Achtung. Selepas membuat pertukaran pemain dgn memasukkan 2 pertahanan dan 2 penyerang, barulah Achtung dpt menguasai permainan dan seterusnya menghasilkan bebarapa gol utk selesa mendahului lawan.

Kajicuaca cuba memberi tentangan yg hebat dan berjaya merapatkan jurang gol utk beberapa ketika sehinggalah akhirnya Achtung berjaya menamatkan game dengan deretan gol. Setelah diikat 11-11 pada satu masa, akhirnya Achtng pulang dengan kemenangan 15-11.

Faris yg pertama kali beraksi bersama Achtung berjaya muncul penjaring terbanyak perlawanan namun kesemua pemain telah menunjukkan mutu permainan yg baik. Tanpa penjaga gol utama, Apai bermain baik di gawang gol sambil dibantu oleh Midi.

Achtung : hasbi, zumi, daus, fairuz, apai, midi & faris

2 comments:

Rizal said...

Tahniah Achtung! tu belum star turun lagi tuh. hehe

hasbi_suarez said...

Falling star??? hehehee

Post a Comment