Tarikh : 5 Oktober 2010
Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Pilihan Epul (13) - Pilihan Red Knights (9)
PJ - Satu futsal testimonial match telah diadakan bagi menghargai sumbangan En. Saiful Ismail aka Epul@Bento yg akan meninggalkan Jabatan Operasi Sistem dan juga kelab bolasepak SOFC. Beliau akan berpindah ke AM-KL pada minggu hadapan.
Sebelum perlawanan bermula, pihak SOFC telah menyampaikan cenderamata kepada Epul sebagai tanda terima kasih atas khidmatnya selama ini.
Perlawanan istimewa ini menemukan pasukan pilihan beliau dan salah satu pasukan futsal SOFC iaitu Red Knights (jersi biru) yg dibarisi ramai pemain muda berbakat besar. Pilihan Epul yg berjersi merah telah menyenaraikan beberapa pemain Achtung disamping Dani dari Benteng serta kawan-kawan baik Epul iaitu Mr. Leong dan Shabbir (EPD).
Perlawanan berlangsung rancak dalam suasana yg penuh ceria walaupun kedua-dua pasukan sedaya upaya menjaringkan seberapa banyak gol. Insiden Nozumi merembat pemain lawan hampir mencetuskan panik, namun pemain Red Knights tersebut didapati tidak mengalami kecederaan hakiki.
Epul yg diberi peranan sebagai kapten dan striker telah berjaya menunjukkan mutu permainan yg baik dan berupaya menjaringkan beberapa gol utk pasukannya. Mr Leong yg jarang2 turun juga telah menjaringkan gol tanpa disangka-sangka. Pendek kata semua yg bermain telah enjoy...
Akhirnya tamat sejam permainan, pasukan Pilihan Epul berjaya mengalahkan Pilihan Red Knights dengan jaringan 13-9.
Pilihan Epul : epul, azmi, hasbi, zumi, rizal, dani, leong & shabbir
Red Knights : amir, midi, faris, shahrin, apai, faizal, fifi, amzar, ijal & mat ju
0 comments:
Post a Comment