Wednesday, October 13, 2010

Futsal Friendly : Achtung vs PSP FC


Tarikh : 12 Oktober 2010
Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Kalah (15-7)

PJ - Achtung telah mengadakan satu friendly game dengan pasukan PSP FC yg berpengkalan di Wisma UOA, Bangsar bertempat di The Challenger, PJ. Perlawanan ini merupakan salah satu siri pemanas badan bagi menghadapai Kejohanan Futsal Jemputan PPZ pada 30 Oktober nanti di Sports Planet Ampang.

Namun begitu, agak malang bagi Achtung kerana sebilangan besar pemain utama tidak dapat diturunkan atas komitmen kerja dan bercuti di luar negara. Tanpa 7 pemain utama tersebut iaitu Azmi, Zumi, An, Apai, Rizal, Fairuz dan Daus, pasukan Achtung nyata hilang sengat dan tidak dapat menerapkan gaya permainan berpasukan seperti kelaziman.


Pasukan PSP FC yg menurunkan 9 pemain telah bermain dengan baik dan mudah menghukum kesilapan-kesilapan yg dilakukan oleh barisan baru Achtung yg masih kurang persefahaman. Achtung yg hanya mampu membariskan 7 pemain majoritinya dipinjam dari Red Knights bermain dalam keadaan tertekan sehingga memudahkan lawan menjaringkan gol demi gol.

Akhirnya, PSP FC pulang gembira dengan kemenangan 15-7 yg juga merupakan kekalahan terbesar Achtung setakat ini. Banyak pengajaran yg dapat diambil hasil dari perlawanan ini utk kebaikan pasukan di masa hadapan. Diharapkan pasukan Achtung dapat bangkit pada perlawanan-perlawanan pemanas badan yg seterusnya sebelum ujian sebenar pada 30 Oktober ini.

Sekalung tahniah kepada PSP FC yg bermain dengan cantik dan dengan semangat kesukanan yg tinggi. Semoga boleh bertemu lagi di lain kali.

Achtung : hasbi, faizal, midi, faris, halim, megat & hisham

0 comments:

Post a Comment