Tarikh : 19 Oktober 2010
Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (1-2)
Scorer : Fuad
Team Rating : 6/10
Bangsar - Pasukan SOFC telah dipelawa utk mengadakan friendly game bersama pasukan Jalan Timur FC dari Wisma TNBD Petaling Jaya. Ini merupakan perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan selepas berehat hampir 2 bulan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.
Kedua-dua pasukan menggunakan perlawanan ini sebagai pemanas badan untuk membentuk kembali stamina dan skil bolasepak pemain-pemain mereka yg agak berkarat setelah berehat panjang disamping hidangan rendang dan kuih raya yg memberatkan badan utk berlari.
SOFC berjaya mengumpulkan sejumlah 16 pemain dengan majoriti pemain tonggak dapat beraksi dalam kesebelasan utama. Manakala Jalan Timur FC membariskan hampir 2 pasukan terdiri daripada pemain-pemain muda dan sebahagian pemain yg pernah beraksi bersama Kelab Kilat KL.
Pada babak pertama, Jalan Timur jelas menguasai saingan dimana mereka akhirnya berjaya mendapat gol pertama hasil hantaran lintang dari sebelah kiri yg ditanduk mudah ke gawang gol SOFC kerana sedikit kealpaan di bahagian benteng pertahanan. Manakala jentera tengah SOFC gagal berfungsi dengan baik dan barisan serangan kerap dikecewakan dengan perangkap offside pihak lawan.
Pada separuh masa kedua, Jalan Timur memasukkan beberapa pemain baru dan mudah mendapatkan gol kedua mereka utk selesa mendahului SOFC dengan 2-0. SOFC mula menukar corak permainan dengan menggunakan hantaran-hantaran pendek di bahagian pertahanan dan tengah utk mengatur serangan ke kubu lawan. Akhirnya, hasil satu tendangan percuma yg diambil oleh Rizal, bola yg dilorong kepada Fuad berjaya disumbat ke dalam gol lawan untuk SOFC merapatkan kedudukan.
Pertukaran pemain SOFC berjaya menyeimbangkan penguasaan permainan lawan. Lebih banyak gerakan-gerakan dilakukan ke arah gol lawan namun penyudahan yg tumpul menggagalkan usaha utk mendapatkan gol penyamaan. Tamat permainan, SOFC tewas tipis dengan jaringan 1-2.

Semoga semua pemain akan dapat meningkatkan prestasi masing-masing utk menghadapai perlawanan yg seterusnya.
0 comments:
Post a Comment