Masa : 6.00 - 7.00 ptg
Venue : The Challenger, PJ
Result : Kalah (15-16)
PJ - Perlawanan yg kedua dalam masa 2 minggu antara Achtung dan PSP FC telah diadakan utk menguji keserasian pemain kedua-dua pasukan yg akan bertanding di Kej. Futsal Jemputan PPZ hujung minggu ini.
PSP FC membariskan hampir sepenuhnya pemain-pemain yg menang pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan, manakala Achtung pula berjaya menurunkan hampir semua pemain utama yg tidak beraksi semasa kekalahan 8-15 tersebut.
Kedua-dua pasukan dapat menunjukkan mutu permainan yg lebih baik dengan kekuatan hampir seimbang. Pada awal permainan, Achtung lebih banyak menjaringkan gol sehingga mendahului 8-6 pada pertengahan permainan.
Menjelang penghujung permainan, kelemahan benteng yg ketiadaan An dan Faizal nyata terserlah dengan melepaskan beberapa gol mudah kepada lawan. PSP FC mula mendahului dengan beberapa gol tetapi cuba dirapati oleh Achtung.
Akhirnya, PSP FC telah berjaya mencapai kemenangan tipis 16-15.
Achtung : hasbi, azmi, zumi, rizal, apai, faris, fairuz, halim & megat
0 comments:
Post a Comment