Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Pdg. Kelab Kilat Bangsar
Result : Kalah (1-5)
Scorer : Rizal
Team Rating : 4/10
SOFC melayan pasukan AM Selangor yg mewarisi ramai pemain AMKL musim lepas yg muncul juara Piala Naib Presiden Penghantaran 2010 di ILSAS. Manakala SOFC pula terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain regular yg tidak dapat bermain.
SOFC bermain buruk pada separuh masa pertama sehinggakan AM Selangor dapat menjaringkan 4 gol utk mendahulu 4-0 sebelum berhenti rehat.
Selepas rehat, SOFC mula menunjukkan peningkatan dan membenarkan hanya satu gol melolosi gawang. Rizal berjaya mendapatkan gol saguhati SOFC hasil rembatan cantik dalam kotak penalti.
Tamat perlawanan, SOFC tewas 1-5 kpd AM Selangor. Banyak perkara boleh dipelajari dari kekalahan ini terutama dari segi persediaan mental dan fizikal pemain utk menghadapi lawan yg kuat.
0 comments:
Post a Comment