Friday, March 18, 2011

SOFC vs AM KL





Tarikh : 8 Mac 2011
Masa : 6.00 - 7.15 ptg
Venue : Pdg. kelab Kilat Bangsar
Result : Menang (2-0)
Scorers : Za & Faris
Team Rating : 8/10
Satu persembahan yg bertenaga telah ditunjukkan oleh pemain-pemain SOFC semasa menentang pasukan juara bertahan Piala Naib Presiden Penghantaran ini.
Pasukan AMKL pada tahun ini dibarisi ramai pemain baru setelah kebanyakan tunggak tahun lepas berhijrah ke AM Selangor.
Pemain-pemain SOFC dapat mengawal pergerakan bola dengan baik disamping bermain dgn melakukan hantaran-hantaran pendek yg tepat kepada rakan-rakan. Ini menyebabkan AMKL tidak dpt menguasai bahagian tengah seterusnya melumpuhkan jentara serangan mereka.
Akhirnya Za berjaya menjaringkan gol daripada satu tendangan percuma dari luar kotak penalti dan Faris menambah gol kedua setelah mendapat bola muntah hasil rembatan jarak jauh Rahmat yg mengenai palang gol.
Tahniah SOFC kerana berjaya menunjukkan satu permainan yg semakin baik dan menarik.

0 comments:

Post a Comment