Saturday, April 2, 2011

SOFC vs AM HQ



Tarikh : 31 Mac 2011

Masa : 6.00 - 7.15 ptg

Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar

Result : Kalah (0-1)

Team Rating : 6/10


Skuad SOFC ke VP Cup 2011 telah mengadakan perlawanan ujian terakhir sebelum bertandang ke UiTM Perak pada Jumaat depan dengan menentang pasukan AM HQ yg akan turut serta pada kejohanan itu nanti.


Agak malang bagi SOFC kerana tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama dari awal permainan sehingga menggangu sedikit sebanyak perancangan awal untuk mencuba formasi 4-2-3-1. Bagaimanapun, hasrat utk menguji trio SMOD yg sama-sama menganggotai skuad ini nanti telah tercapai akhirnya. Skil dan kemahiran Zaki, Zuhayr & Tarmizi telah diuji di beberapa posisi utk mencari formula terbaik di kejohanan yg berprestij itu nanti.


Perlawanan pada keseluruhannya agak seimbang dgn SOFC banyak melakukan gerakan-gerakan menarik dgn hantaran2 pendek sesama pemain, namun dikecewakan dengan penyudahan yg tumpul oleh barisan serangan. Nampaknya, SOFC masih bergelut utk mencari pemain-pemain yg benar-benar mampu memberi ancaman kepada pihak lawan seterusnya mampu menghasilkan gol-gol penting untuk pasukan.


Di minit-minit akhir permainan, Daniel yang cemerlang manjaga gawang di sepanjang perlawanan akhirnya tumpas dengan memberikan gol kemenangan AM HQ hasil keadaan yg kelam-kabut di dalam kotak penalti. Kesudahannya, pasukan AM HQ pulang gembira dgn kemenangan tipis 1-0 ke atas SOFC.


Skuad SOFC perlu menggandakan usaha dan menggunakan baki beberapa hari lagi sebelum kejohanan untuk melakukan perancangan tektikal yg ampuh demi merialisasikan impian untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.

0 comments:

Post a Comment