Thursday, April 14, 2011

TNB Transmission VP Cup 2011






Tarikh : 9-10 April 2011
Venue : UiTM Sri Iskandar, Perak
Result : Layak ke Suku Akhir Piala Naib Presiden (Top 8)

Pasukan SOFC telah berkunjung ke UiTM Sri Iskandar dengan misi untuk sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan dan layak ke salah satu pertandingan kalah mati bagi kategori terbuka iaitu Piala Naib Presiden dan Piala MRC. Pada tahun lepas, SOFC hanya menduduki tempat ke 4 dalam kumpulan seterusnya tersingkir awal daripada kejohanan.

Persembahan SOFC pada tahun ini agak memberangsangkan setelah diperkuatkan dengan 3 pemain jemputan dari SMOD iaitu Zaki, Mizi & Zuhayr. Namun begitu, sumbangan pemain2 regular tidak dapat dinafikan dengan persembahan bertenaga daripada pemain-pemain muda yang diturunkan dalam kesebelasan utama dan sebagai pemain simpanan.

Pada pusingan awal, SOFC ditempatkan di Kumpulan B bersama-sama pasukan AM N. Sembilan sebagai pasukan pilihan dan 3 lagi pasukan lain - AM Kedah/Perlis, AD East & AD South. Apa yg menjadi kebanggaan, SOFC telah mengejutkan semua pihak dengan muncul sebagai juara kumpulan B setelah mencatat 3 kemenangan dan 1 seri untuk mengumpul 10 mata berharga.


Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:


  1. SOFC vs AM N. Sembilan - Seri 1-1 (Scorer : Zumi)


  2. SOFC vs AD East - Menang 2-1 (Scorers : Zaki & Hasbi)


  3. SOFC vs AM Kedah/Perlis - Menang 2-0 (Scorers : Azizul & Zumi)


  4. SOFC vs AD South - Menang 1-0 (Scorer : Rizal)

Pasukan AM Kedah/Perlis telah mengiringi SOFC ke suku akhir setelah muncul naib johan kumpulan, manakala AM NS terpaksa berpuas hati untuk bertanding di Piala MRC setelah menduduki tempat ketiga. Nampaknya, pemain-pemain SOFC begitu selesa dengan formasi 4-2-3-1 yg diperkenalkan dan digunakan di sini sebagaimana pasukan Jerman bermain di Piala Dunia 2010.


Pada peringkat suku akhir yg berlangsung pada hari kedua, SOFC telah bertemu dengan naib johan kumpualn A iaitu AM Terengganu. Pasukan ini telah mengalahkan SOFC dengan 1-0 pada tahun lepas. Untuk perlawanan ini, SOFC tidak dapat menggunakan penjaring terbanyak iaitu Zumi dan wing kanan, Midi yang terpaksa pulang ke KL atas urusan peribadi. Ketiadaan mereka sedikit sebanyak merencatkan perancangan pasukan untuk mara lebih jauh. Tektik yang lebih bertahan terpaksa digunakan untuk mengekang serangan bertali arus daripada pihak lawan yg lebih superior dari segi fizikal dan tektikal.


SOFC yg kebal bertahan sepanjang perlawanan akhirnya dikecewakan dengan gol AM Terengganu di mini terakhir permainan hasil daripada tendangan percuma di luar kotak penalti yg gagal dikawal kemas oleh pertahanan SOFC. AM Terengganu mengalahkan SOFC sekali lagi dengan jaringan tipis 1-0.


Pemain-pemain SOFC pulang hampa kerana gagal memanafaatkan peluang yg terhidang untuk mengukir kejayaan yg lebih manis pada kali ini. Namun demikian, semua pegawai dan pemain telah memberikan yg terbaik untuk memartabatkan kedudukan SOFC di kalangan pasukan terbaik di Bahagian Penghantaran. Pasukan AM Pahang telah muncul juara baru setelah mengalahkan juara bertahan, AM KL dengan jaringan 1-0. AM Terengganu pula pulang dengan pingat gangsa.


Semoga SOFC akan muncul juara pada edisi akan datang yang akan diadakan di Johor Baharu pada tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment