Tarikh : 14 November 2009 (Sabtu)
Masa : 5.30 - 7.00 ptg
Venue : Padang Institut Peguruan Teknik, Cheras
Result : Menang (4-3)
Scorer : Fuad, Nozumi, Hasbi & Rizal
Cheras - Hujan renyai-renyai di sekitar KL tidak menghalang game ini daripada diteruskan seperti perancangan. Buat julung kalinya, kedua-dua pasukan bertemu setelah pasukan Borong Utd membuat tawaran dalam satu forum alumni.
Game yg dirancang bermula pukul 5.00 petang terpaksa ditunda ke pukul 5.30 ptg kerana ramai pemain terperangkap dalam kesesakan akibat hujan. Permainan dimulakan dengan 10 pemain setiap pasukan. Sepatutnya pertarungan dilaksanakan dalam 3 babak, namun akhirnya hanya 2 babak (30 minit setiap babak) berjaya dilalui kerana Borong Utd tidak mempunyai pemain-pemain simpanan utk menggantikan pemain-pemain utama yg sudah kepenatan.
Separuh masa pertama, SOFC membuka jaringan pertama melalui rembatan deras sayap kanan, Fuad yg bijak menyempurnakan bola dari bahagian midfield. Borong Utd cuba melawan dan berjaya mendapat gol penyamaan hasil larian solo penyerang utamanya tanpa dapat dikawal oleh pertahanan SOFC. Namun sebelum tamat separuh masa pertama, penyerang yg sedang 'form' Nozumi berjaya meletakkan SOFC 2-1 di hadapan setelah berjaya menjaringkan gol peribadinya yang kedua dalam 2 perlawanan.
Babak kedua bermula dalam cuaca yg agak baik dan SOFC telah menukar posisi beberapa pemain utamanya. Hantaran cantik Nozumi yg bertindak sebagai sayap kiri hampir disudahi dengan baik oleh Hasbi namun tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol lawan. Namun akhirnya, Hasbi berjaya memperolehi gol pertama pada tahun ini hasil lorongan Anip yang memerangkap pertahanan Borong Utd lantas disudahkan dengan baik untuk SOFC mendahului 3-1.
Borong Utd terus melawan dan merapatkan jurang kepada 3-2 sebelum Rizal merembat mudah dari jarak dekat pintu gol lawan untuk SOFC selesa mendahului 4-2. Namun kesilapan benteng mengawal kemas pertahanan membolehkan Borong Utd memperoleh gol ketiga tidak lama selepas itu.
SOFC terus memperolehi beberapa peluang keemasan namun gagal disempurnakan oleh barisan depan sehinggalah wisel penamat dibunyikan. Akhirnya pemain-pemain SOFC dapat menarik nafas lega setelah berjaya mencapai kemenangan pertama pada tahun ini setelah bertungkus-lumus merancang strategi dan mencuba beberapa formasi permainan. Akhirnya formasi 4-4-2 yg diterapkan oleh Nozumi selaku Pengurus Pasukan berjaya dipraktikkan dengan baik hasil adunan pemain tempatan dan import.
Pemain-pemain:
- hasbi
- an
- faizal
- nozumi
- rizal
- fuad
- apai
- za
- zaid
- fathi
- figo
- anip
- tuloi
Subs tidak digunakan : Azmi, Mat Ju & Halim.
7 comments:
fuad,za, figo,anip dan tuloi adalah pemain import untuk SOFC! 45% import player!
Nampaknya SOFC suka sangat ambil pemain import!
Harap dapat tukar nama kpd Import FC, kan lebih bagus lagi!
Sepatut nya tahniah di berikan kpd pemain import juga. Dan jangan bangga hasil titih peluh orang lain! Lembu punya susu, bae dapat nama!
Hoi Hasbi _Torres;
Kenapa tak komen pada pandangan TNB fc; atau adakan pertandingan pemain import Achtung lawan Achtung; twengok siapa menang?
Mana pergi bento? mana pergi TNBG fc, Red Galaticos atau mana pergi nya adminstator? Bertelor ke atau mengeram!
hoi org kampung n tnb fc.. cakap macam gah.. tapi komen pakai nama manja.. sila lah arrange frenly games dgn kami .. kalah/menang tak penting.. yg penting happy..
-fathi-
betul tuh, ajak SOFC main..belasah je SOFC smpai terduduk..
tpi ape yang penting hepi kn en. fathi, kalah menang blakang cite :) main bola untuk carik kawan bkan musuh..tpi lawan tetap lawan..
Nampak nya SOFC dah berlagak dan besar kepala! Pakai pemain import pun masih cakap macam terrer sangat!
Skrang Kampung FC tengah kumpul pemain import nak ajak SOFC lawan! Jangan pulak takut bila tiba masa nanti!
wow..hebat nyer die berkata2..hehe
Team Orang Kampung FC nak jak lawan ni; kami dah berjaya kumpulkan 11 orang pemain import! SOFC dah bersedia ke?
Jangan cakap je besar tapi takut nak lawan dgn team luar dari TNB!
Post a Comment