Tarikh : Sabtu, 19 Disember 2009
Masa : 9 malam
Venue : Padang Taman Metropolitan, Kepong
Results : Kalah (1-2)
Scorer : Puloi (import)
Team Rating : 6/10
Kepong - Pasukan SOFC telah diundang utk menentang Kg. Cheras Baru FC (KCB) utk bermain pada waktu malam buat pertama kali utk tahun ini. Padang Taman Metropolitan ini juga baru pertama kali dijejaki. Namun keadaan padang yg berpasir dan lampu limpah yg kurang cerah sedikit merencatkan permainan SOFC.
Seperti perlawanan pada hujung minggu yg lain, hanya 8 orang pemain regular SOFC yg sanggup hadir berjuang di padang, manakala 6 pemain dimport dari Kawan-Kawan FC. Ini sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan SOFC disebabkan ramai pemain yg bermain bersama buat pertama kali.
Namun SOFC cuba menandingi stamina dan skil pemain-pemain KCB yang sudah biasa bermain di padang tersebut. Permainan dilangsungkan dalam 3 babak selama 30 minit.
Babak pertama menyaksikan banyak peluang disia-siakan oleh kedua-dua pasukan, akhirnya terikat 0-0. Pada babak kedua, KCB terlebih dahulu menjaringkan gol tapi disamakan oleh Puloi sebelum tamat permainan, berkesudahan 1-1. Pengadil juga telah membatalkan 2 gol jaringan SOFC atas alasan off-side.
Pada babak ketiga, permainan semakin rancak dan akhirnya KCB berjaya mendapat gol kemenangan sekaligus menang 2-1.
Walaupun tewas, pengalaman bermain dengan pasukan KCB sungguh berguna kepada pasukan SOFC. Namun demikian, keadaan padang yg kurang elok telah menyebabkan sebahagian besar pemain SOFC mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis.
Sekian.
6 comments:
Alasan keadaan padang yg kurang elok merupakan alasan longgar saperti alasan team malaysia kalah dulu!
Nampaknya SOFC dah kena sumpah!!!!! Kalah memanjang je! Bila dikomen, mengamuk sakan pulak; pemain SOFC kena mandi bunga lah!!!!!
alahai..orang tua yg same jer kerja kutuk org ni..sedar lah diri skit....
Nak sedar diri apa? Bila dikomen; melenting dan bersikap kurang ajar! Kalau macam ini, simpan saja blog ini dalam kelambu! Kami akan boikot SOFC mulai sekarang! Semoga SOFC maju dengan penuh keriangan macam beruk kena belacan!
boikot jgn xboikot..SOFC rugi apela gak nyer? boleh jelaskan?
saya terhibur membaca komen-komen anda sekalian..sila teruskan =)
Hoi, chip! Kenape terhibur pun nak bagi tahu dalam blog ini? Apa tak tempat lain nak berhibur ke? Kalau nak berhibur sangat, tengoklah perlawanan SOFC nanti, boleh berhibur sakan!
Post a Comment