Tarikh : 26 Januari 2010 (Selasa)
Masa : 5.45 - 7.15 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar
Result : Seri (1-1)
Scorer : Nozumi
Team Rating : 6/10
Bangsar - SOFC terpaksa melayan satu lagi pasukan selang 5 hari selepas kalah kepada Jalan Timur FC. Kali ini pasukan Benteng Utama telah mempelawa SOFC pada saat-saat akhir utk perlawanan ketiga antara kedua-dua pasukan. Sebelum ini, Benteng memenangi game pertama dengan 3-0 diikuti keputusan seri 2-2 pada game kedua.
Hari yg mengujakan setiap pemain SOFC kerana pada hari ini, jersi baru SOFC utk musim 2010/11 akan dirasmikan utk perlawanan pertama. Diharapkan jersi biru hitam (Inter Milan) ini akan membawa tuah utk SOFC mencapai kemenangan demi kemenangan.
Beberapa pemain baru SOFC iaitu Midi, Amir dan Faris telah berjaya turun beraksi setelah mendapat jersi baru masing-masing. Namun, Hairul (bek kanan) dan Rahmat (sayap kanan) yg beraksi cemerlang semasa melawan JTFC tidak dapat menyertai pasukan atas komitmen kerja.
Separuh masa pertama, perlawanan berkesudahan 0-0 walaupun SOFC mempunyai banyak peluang utk menjaringkan gol namun disia-siakan oleh barisan hadapan. Perangkap off-side pihak lawan beberpa kali menghampakan SOFC apabila hantaran dari bahagian sayap diarahkan kepada barisan penyerang.
Pada separuh masa kedua, Nozumi bertindak bijak utk menyepak masuk gol pertama utk SOFC mendahului 1-0. Namum, kelekaan pemain SOFC membolehkan Fahmi menjaringkan gol penyamaan Benteng hasil lambunan bola dari jarak jauh menewaskan Daniel di gawang.
Keputusan muktamad, kedua-dua pasukan terikat 1-1. Walaupun begitu, sepatutnya SOFC berjaya memenangi game ini berdasarkan penguasaan permainan dan juga deretan peluang yg dicipta namun gagal disempurnakan dengan baik.
Sesuatu yg menggembirakan adalah persembahan pemain - pemain muda yang begitu bersemangat dan dapat menyesuaikan diri dengan pemain-pemain senior. Pada keseluruhan, stamina dan didiplin pemain perlu ditingkatkan lagi andai mahu mencapai kemenangan di masa depan.
8 comments:
Semangat saja tak cukup, bang! Stamina dan teknik mesti menonjol; barulah berjaya!!!!!!!
Walau pun bagitu, keputusan seri adalah baik sikit! Jangan ada anggap perlawanan ini sebagai perlawanan pertunjukkan atau testimonial game; sudahlah! Pakat ke! Atau perlawanan mengubah nasib SOFC yang selalu kalah kut!
Malu lah kalau macam ni; jersey Inter Milan tapi aksi macam kucing betina!!!!!!!Malu...........
owh kucing betina main bola gak rupenye? hehe
sy terhibur berada disini..
Apa lah bengap sangat, hoi mid! Mkasud diatas ; SOFC main macam kucing betina lah; lagak terrer dari luar saja; bila dipadang; sepak bola macam kucing betina lah. Itu pun tak faham ke?
Kalau ye pun, apasal nak marah org je bang???? Kalau terrer, turun lah jadi coach...bukan mengutuk jer, takde hasil..
aik bru cucuk sket dh marah..ni blum lagi jd player SOFC, asyik kene kutuk je dlm blog..silap hari bulan mau dibakar PC tu kot..sj nk provoke tgk bole tahan ke tak..hehe jgn mrah2 ye bang!
Hoi Mid; jangan dikatakan orang; kucing pun bleh marah! Ayat biar baik & jangan jadi bodoh piang sudahlah.........
jangan marah2; nanti kena jual!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment