Tarikh : 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 6.00 - 7.20 ptg
Venue : Padang kelab Kilat, Bangsar
Result : Kalah (0-1)
Scorer : -
Team Rating : 6/10
Bangsar - SOFC dan AMKL (Protection) telah bertemu buat kali keempat pada 11 Feb 2010 lepas. Sebelum itu, SOFC telah menang 2 kali (3-1 & 1-0) menakala seri sekali (1-1) .
AMKL telah menurunkan sebahagian besar pemain-pemain baru yg lebih kompetitif dan muda utk mencari kemenangan pertama ke atas SOFC. Permainan diadakan dalam 3 babak.
Pada babak pertama, AMKL lebih menguasai permainan dengan jentera tengah SOFC tidak dapat bergerak dengan baik utk mengawal pergerakan lawan. SOFC telah bermula dengan taktik percubaan 4-4-2 untuk menguji posisi beberapa pemainnya. AMKL berjaya mendapat gol sulung melalui percubaan jarak jauh pemain tengahnya dari sebelah kiri padang. Sepakan cantik itu tidak berjaya ditepis keeluar oleh Daniel lalu menerjah jaring. Beberapa peluang dicipta oleh SOFC namun kerap dihalang oleh kecekapan penjaga gol AMKL.
Babak kedua, perlawanan mula seimbang. Dengan pertukaran strategi kepada 4-3-3, SOFC mula menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus. Terdapat 3 peluang keemasan utk menjaringkan gol dengan 1 gol jaringan Rahmat tidak dikira kerana off-side. Zaid, Epul dan Rahmat juga melepaskan beberapa peluang mudah utk jaringkan gol.
Babak ketiga, kesebelasan utama SOFC dimasukkan kembali namun masih gagal mencari gol penyamaan walaupun berjaya menguasai permaianan dan mempunyai beberapa percubaan ke arah gol. Ternyata 2 bek tengah AMKL amat kental mengawal pergerakan barisan serangan SOFC.
Tamat permainan, AMKL berjaya kalahkan SOFC buat kali pertama dengan jaringan 1-0. Tahniah kepada AMKL yg berjaya menunjukkan gaya permainan yang bersih dan menarik.

10 comments:
kalah lagi; setiap pemain SOFC patut mandi bunga!!!!!Atau pergi bertapa menuntut ilmu supaya boleh main bola macam makan nasi beringin.........adoi!!!!!!
Biasa lah Kawan kawan fc; kalah menang adat perlawanan!!!!Orang dah pakai mandi bunga atau bertapa lagi; cara sainstifik dan latihan berterusan lebih berfaedah!!!!!Teruskan usaha kamu , SOFC!!!Selamat berjuang; semoga berjaya!!!!!
mandi bunga atau bertapa merupakan ajaran sesat!!!!!Awas boleh merosakkan akidah!!!!
saya ingin menawarkan khidmat sebagai striker berbisa utk match akan dtg
tahniah anda telah dipilih..
boleh lah fathi berangan-angan menjadi torres so; atau jadi maradona pencen!!!!!
TNBG jadi ayam pencen boleh?
ayam pencen kepala bapak hang!!!!
alamak dia sudah marah la..huhuhu
Post a Comment