Saturday, March 13, 2010

SOFC vs PUNB






Tarikh : 11 Mac 2010(Khamis)
Masa : 6.00 - 7.20 ptg
Venue : Padang Kelab Kilat, Bangsar (Home)
Result : Kalah (3-4)
Scorers : Azmi & Hasbi (2)
Team Rating : Average 6/10 (Attack : 7/10; Midfield : 6/10; Defense : 5/10)

Bangsar - Cuaca yg indah menyambut kedatangan satu lagi pasukan baru ke Padang Kilat Bangsar. Buat julung-julung kali SOFC berjaya mengadakan friendly game dengan pasukan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yg berpengkalan di KL Sentral. Pemain-pemain SOFC turun awal, namun game terpaksa dimulakan agak lewat kerana PUNB tertinggal jersi kelabu mereka.....
SOFC telah menguji beberapa pemain di posisi baru sebagai persiapan utk Kejohanan Bolasepak Piala Naib Presiden Penghantaran yg akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Midi telah diletakkan sebagai bek kanan, Amir (bek kiri), Shahrin (sayap kanan) dan Apai (midfield tengah). Pada separuh masa kedua, Ijal masuk sebagai bek kanan dan Nishal (penjaga gol).
Perlawanan bermula dengan agak perlahan dimana tidak banyak percubaan bahaya ke arah pintu gol masing-masing. Pemain-pemain PUNB yg lebih cergas dan mantap di setiap posisi jelas menguasai babak pertama. SOFC turun tanpa khidmat bek-bek berpengalaman seperti An (cuti kahwin) dan Hairul (cedera) disamping defensive midfield yg berpengaruh iaitu Daus (meeting). Ketiadaan sayap kanan Rahmad (cedera-ligamen koyak) jelas memberi kesan kepada corak serangan pasukan SOFC yg nampak tempang tanpa umpanan-umpanan ke dalam kotak penalti lawan.
Barisan midfield SOFC jelas tidak berfungsi dengan effektif dan membantutkan serangan ke kubu lawan. Beberapa sepakan percuma yg diambil Nozumi gagal disudahkan ke dalam gawang pihak lawan. Akhirnya, ketempangan barisan benteng SOFC telah dimanafaatkan oleh PUNB utk menjaringkan gol pertama perlawanan. Hasil gerakan dari sebelah kanan, bola hantaran lintang ke dalam pintu gol telah mengelirukan pertahanan SOFC dan disumbat masuk oleh penyerang PUNB. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.
Selepas rehat, SOFC membuat pertukaran drastik tapi masih mengekalkan corak 4-3-3 yg banyak melakukan serangan melalui kedua-dua sayap. Fuad telah masuk sebagai sayap kanan manakala Midi yg kuat berlari telah mengisi posisi sayap kiri. Fahmi telah mengambil alih posisi defensive midfield daripada Faizal dan Faris menggantikan Apai sebagai midfield tengah bersama Rizal. Percaturan mula menampakkan hasil, dengan SOFC mula bermain sebagai satu pasukan dengan hantaran-hantaran pendek yg kemas utk melancarkan serangan.
Namun, kerapuhan benteng SOFC terus dihukum oleh PUNB yg berjaya mendapat gol saguhati setelah hantaran lintang yg tidak berbahaya dari sebelah kiri gagal ditangkap kemas oleh Nishal yg menggantikan Daniel. Bola yg terlepas dari tangkapan ditolak masuk dengan selamba oleh penyerang lawan. Kedudukan 2-0 tidak kekal lama setelah Azmi berjaya merapatkan jurang kepada 2-1 setelah bijak menyudahkan satu gerakan yg cantik bermula dari sebelah kanan. Fuad berpeluang menyamakan kedudukan selepas itu, namun sepakannya melepasi palang gol.
Gol SOFC itu walau bagaimanapun tidak melemahkan semangat lawan yg mendapat gol ketiga hasil rembatan dari luar kotak penalti. Tidak lama selepas itu, penyerang lawan telah dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Apai, dan pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti yg berjaya disudahkan oleh pemain veteran PUNB. Lawan mula merasa selesa dengan margin besar 4-1 dan pemain-pemain mereka tidak menyangka SOFC mampu bangkit.
Hasil pertukaran beberapa pemain, SOFC terus bermain dengan baik di barisan tengah dan hadapan dengan melancarkan serangan bertali arus. Hasil satu gerakan, Fuad telah melorongkan bola dari sebelah kanan kepada Hasbi utk disudahkan dengan baik hasil rembatan rendah ke sebelah kanan gawang gol PUNB. Gol itu menghidupkan kembali semangat melawan SOFC yg mendapat sepakan penalti setelah Hasbi dijatuhkan dalam kotak penalti setelah mendapat through-ball manarik daripada Faizal yg masuk sebagai sayap kiri. Hasbi merembatkan kencang ke sebelah kiri menewaskan penjaga gol lawan.
Kedudukan 4-3 seakan-akan dapat diubah utk SOFC mengikat lawan apabila pemain-pemain lawan mula keletihan mengekang asakan SOFC. Namun, gol yg dicari-cari tidak berhasil dan SOFC terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 yg kedua berturut-turut selepas kalah kepada TNBG dengan jaringan yg sama 2 minggu lepas.
Selepas game, pemain-pemain SOFC telah diberi komen persembahan pasukan oleh pengurus dan penasihat tektikal. Mereka diingatkan supaya konsisten menjalani latihan pada hari Selasa utk memantapkan persefahaman sepasukan dan meningkatkan stamina.
Sekian.

6 comments:

taiko said...

gambar korg mmg bergaya lah..

TNBG said...

gambar je bergaya buat apa; main bolasepak macam tahi kucing!!!!Lebih baik jadi duduk kat tepi padang je!!!!Kalah memanjang!!!!!!!!!!!!!!

axn said...

xmenang tpi gambar bergaya, ok ape..lgipun diorg dapat sihatkan badan, peluh pun keluar..dari duduk tepi padang kasi perut besar buat ape..huhuhu

TNBG said...

hoi axn; semua orang tak main bola ada perut besar ke? Kalau nak bergaya; jadim lah model kat majalah mangga je. Itu lebih baik dari kalah memanjang!!!!!!

axn said...

hoi, hoi ya hoi..okla tu, jadi model sambil main bola..kalau model majalah mangga kena bukak baju begambar tepi kolam..huhuhu lagi 1, salah ayat tu; lebih baik main bola dan kalah, dari duduk tepi padang mengangkang..hahaha

TNBG said...

hoi axn; tak ada baca kah? semua orang duduk tepi padang mengangkang ke? Cakap pakai akal sikit lah dan bukan pakai kepala lutut!!!!!!!!!

Post a Comment